Tuesday, December 16, 2014

Ingatlah DIA waktu sukarmu mahupun senangmu

Bismillah.
Holla !! ngee.

Dingin Kuantan menusuk ke urat terus ke tulang. Ku rasakan nikmatnya terik matahari menerjah pabila kedinginan. Lumrah dan fitrah.

Menekup muka. Membaluti diri nan kedinginan.

Dingin.

Salju.

HAHA. Novel sangat. (mata ke atas tangan ke bahu) kikikiki.

Ada tak ala-ala fatimah syarha ke ramli awang mursyid ke.haha

Maaf. Aku bukan mereka. Aku adalah aku. cewah. drama. hehe.

Cukup2. Geli rasa. Sorry, Bella merepek kerepek jap tadi. Testing2 bahasa sastera yang telah lama disaluti debu dan kelabu.hehe. Cukup! :)

Apa khabar sahabat semua? Ha, jawab jangan tak jawab. Dah ucap Alhamdulillah hari ni? Bangun tidur tadi wat pe? Yawning?? (mentang2 baru belajar physiology tadi,hihi) Alhamdulillah, Allah beri izin lagi untuk Bella dan kita semua rasa kasih sayang Dia melalui nikmat Nya yang tak kan pernah terbalas dan terbayar.
Eksklusif!.

Em, sejuk Kuantan berapa hari ni, hujan saje. Time macam ni la nak ingat panas, time panas, nak sejuk, Begitulah manusia. Sering melupakan dan terlupa.

---------------------------------

Bella nak share sikit, ketika berbulatan ahad lalu, tak la bulatan sangat, ketika bersegi tiga an ahad lalu...hehe. Kak Adlin selaku akak bulatan yang comel ada kongsi sikit kisah tentang ada seorang raja ni. Camni cerita nya....

Raja ni, tak ingat nama apa, hari-hari pergi dekat sebuah kolam melihat diri nya sendiri, tapi tak pernah berniat untuk merosakkan ketenangan air dalam kolam tu sebab Raja tersebut khuatir bayang-bayangnya akan hilang. Hari-hari melihat dirinya sendiri dalam kolam. Pada suatu hari , apabila ditanyakan pada kolam tersebut, beruntunglah engkau kolam kerana dapat melihat rupa paras Raja yang hebat itu, sedangkan orang lain sukar melihatnya. Kolam pun kehairanan, lalu bertanya, "Raja yang mana?Aku tidak melihat siapa pun, yang aku dapat lihat adalah bayangan air kolamku ini di dalam bola mata seseorang." 
sumber : Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A.Fillah

Haaa, macam tu la cerita dia. Sekiaaaan. :)

Nak kata kat sini, apabila kita melihat seseorang, sahabat kita ke, apa yang kita nampak pada dia adalah diri kita sendiri. Macam Raja tadi, dia hanya melihat diri dia pada kolam tu, tiada bayangan lain. Pernah dengar tak orang kata, sahabat itu ibarat cermin untuk kita? Ha,,ni la konsepnya. Seharusnya, apa yang kita nampak pada dia adalah sebenarnya kesan dari akhlak kita sendiri. Sama ada kita jadi sahabat yang baik yang mampu memuslihkan (ada ke bahasa ni), atau dalam erti kata lain, memberi kebaikan kepada sahabat kita tu ataupun sebaliknya.

Buat sahabat Bella, Bella mintak maaf kalau tak pernah jadi sahabat yang baik, kita usaha sama-sama ok, supaya masuk syurga sama-sama! Love u lillah . ( hujaaaaaan,huuuuuu)

Jadi, pilihan tu sentiasa dalam tangan kita, tinggal pilih je.

So, choose! :)

Enough for now.
XOXO.

bido bido bido... :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)