Tuesday, December 16, 2014

Ingatlah DIA waktu sukarmu mahupun senangmu

Bismillah.
Holla !! ngee.

Dingin Kuantan menusuk ke urat terus ke tulang. Ku rasakan nikmatnya terik matahari menerjah pabila kedinginan. Lumrah dan fitrah.

Menekup muka. Membaluti diri nan kedinginan.

Dingin.

Salju.

HAHA. Novel sangat. (mata ke atas tangan ke bahu) kikikiki.

Ada tak ala-ala fatimah syarha ke ramli awang mursyid ke.haha

Maaf. Aku bukan mereka. Aku adalah aku. cewah. drama. hehe.

Cukup2. Geli rasa. Sorry, Bella merepek kerepek jap tadi. Testing2 bahasa sastera yang telah lama disaluti debu dan kelabu.hehe. Cukup! :)

Apa khabar sahabat semua? Ha, jawab jangan tak jawab. Dah ucap Alhamdulillah hari ni? Bangun tidur tadi wat pe? Yawning?? (mentang2 baru belajar physiology tadi,hihi) Alhamdulillah, Allah beri izin lagi untuk Bella dan kita semua rasa kasih sayang Dia melalui nikmat Nya yang tak kan pernah terbalas dan terbayar.
Eksklusif!.

Em, sejuk Kuantan berapa hari ni, hujan saje. Time macam ni la nak ingat panas, time panas, nak sejuk, Begitulah manusia. Sering melupakan dan terlupa.

---------------------------------

Bella nak share sikit, ketika berbulatan ahad lalu, tak la bulatan sangat, ketika bersegi tiga an ahad lalu...hehe. Kak Adlin selaku akak bulatan yang comel ada kongsi sikit kisah tentang ada seorang raja ni. Camni cerita nya....

Raja ni, tak ingat nama apa, hari-hari pergi dekat sebuah kolam melihat diri nya sendiri, tapi tak pernah berniat untuk merosakkan ketenangan air dalam kolam tu sebab Raja tersebut khuatir bayang-bayangnya akan hilang. Hari-hari melihat dirinya sendiri dalam kolam. Pada suatu hari , apabila ditanyakan pada kolam tersebut, beruntunglah engkau kolam kerana dapat melihat rupa paras Raja yang hebat itu, sedangkan orang lain sukar melihatnya. Kolam pun kehairanan, lalu bertanya, "Raja yang mana?Aku tidak melihat siapa pun, yang aku dapat lihat adalah bayangan air kolamku ini di dalam bola mata seseorang." 
sumber : Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A.Fillah

Haaa, macam tu la cerita dia. Sekiaaaan. :)

Nak kata kat sini, apabila kita melihat seseorang, sahabat kita ke, apa yang kita nampak pada dia adalah diri kita sendiri. Macam Raja tadi, dia hanya melihat diri dia pada kolam tu, tiada bayangan lain. Pernah dengar tak orang kata, sahabat itu ibarat cermin untuk kita? Ha,,ni la konsepnya. Seharusnya, apa yang kita nampak pada dia adalah sebenarnya kesan dari akhlak kita sendiri. Sama ada kita jadi sahabat yang baik yang mampu memuslihkan (ada ke bahasa ni), atau dalam erti kata lain, memberi kebaikan kepada sahabat kita tu ataupun sebaliknya.

Buat sahabat Bella, Bella mintak maaf kalau tak pernah jadi sahabat yang baik, kita usaha sama-sama ok, supaya masuk syurga sama-sama! Love u lillah . ( hujaaaaaan,huuuuuu)

Jadi, pilihan tu sentiasa dalam tangan kita, tinggal pilih je.

So, choose! :)

Enough for now.
XOXO.

bido bido bido... :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Saturday, December 13, 2014

terus tenang, PELANGI kan datang

Bismillah.

Buubuu...bhaa!!

sorry2,merepek seketika. hehe

Bella di rumaaaaaah...weewee...alhamdulillah, sekian lama tak balik rumah. Bilik ni rindu sangat. Like bilik yang rindu i. Padahal i yang rindu bilik. hmmm. Update blog. Background music siap. hehe. Sedih kot. Bunyi cengkerik je ade, dgn music kiss the rain by Yiruma. Layaaan. hehe.

What to say,
donno.



rinduuuuu.


huwaaaaaaa....

eish budak ni, saje memanjangkan entry dengan space botingkek tingkek. haha. Bahasa apakah itu. Nogori sangat.ngeee

rindu rumah, rindu mama. rindu abah. rindu adik. Ok,ok,ok,Takde adik. Adik is kucing. Not is, but are. Adiks are the kucingians,,,hehe. lastly,rindu dia. emm.

Perbualan tadi buat aku fikir, emm, nampak sangat tashabar nye i. (tutup muka)

Sorry awak.

Berharap mampu bersabar untuk beberapa tahun lagi dan harapnya rasa tu masih sama macam sekarang.

(tolong baca dengan music background,baru la feel,hihi)

terus tenang, PELANGI kan datang.

kenapa perkara yang indah je, dikaitkan dengan pelangi ea? Benda lain tak boleh ke, like rama-rama ke, minion ke, hello kitty ke. Ok. Faham. Benda yang ko sebut tu, indah bagi ko je bella, Tak universal. hoho. Ampun.

Emm, idea kering la time gini. Tu merepek kerepek ni. Sorryy.. tak de paedah bace.hihi.

tapiiiiii....

I believe Allah will make it easy for us one fine day. I really hope.

Bye for now.
XOXO

dadaaaaaa... :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Happy brand new place.


THIS STORY LIKE A FEW MONTHS AGO. ENTRY YANG TAK JADI NAK POST.TERBENGKALAI SEBAGAI DRAFT HERE.HAHA.LAYAN JE LAH.

Assalamualaikum
Hollaaa pi-po!!

counting days to kuantan...for what?marriage?hahaa..no laaa...for study laa..UIA Kuantan will be my place of study,usrah,dakwah and tarbiyyah. I wish . Ching3..hehehee..

idk what to say,feeling like excited,nervous to meet all seniorsss...hoho..please make dua for me okay. :)

and Allah,please take care of my parent,family .......

for me :) ..aameen.

May Allah ease everythng.In sha Allah.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Wednesday, December 10, 2014

mushi mushi

beep beep
bi do bi do..hehe..

salam semuaaaa....lama nya tak tulis...au cak!ngeee. Now bella dah dgree dah dekat UIA kuantan. Optometrist to be..ameen

Terkejut tak tiba-tiba je dah degree. Cewah. Macam la ada orang follow. Bajet retis sangat. kikikikiki.

Pesanan untuk yang RAJIN sangat membaca semua entry, sila teruskan dengan niat anda. Tahniah! haha 

Faiz Ahmad, awak di beri amaran keras.haha

As I told u, your name will be included. kikikiki.

Sempena hari mengundi hari ini, diucapkan ribuan tahniah dan semoga berjaya buat semua calon HEALS. It is an amaaanah. No matter what the result is, be grateful. May Allah ease. 
XOXO.

Bananananaaaaaaaa..... :)




Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, May 20, 2014

come on muslim!

Bismillah.
Tangan ni gatal je nak menaip.hehe..
ayuh muslim!bangkit!
tak perlu lah kot nak berbalah je...tak penat ke?
tak fikir ke umat islam ni perlu bersatu?


rasa semangat tu membara bara tak tengok ni?
yang dah ada feelin tu,jgn simpan2...do something for Islam.
yang xde feeling lagi,come on!!!
 :)


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Thursday, May 15, 2014

faoundation's convocation!!heeeee





Ohsem!
Bismillah.
Yeay!
Wassup buddyzzzzz...

Alhamdulillah,finally,settle up my foundation at CFS IIUM,pj . Weeeweeweeee

Happy.
Sad.
Excited.
Woa!!
Hmm..

alhamdulillah.just that i can describe my feeling right now.

huhuhuhuhu.

sukasukacuticutimalaysia.weewewewewewewewewe.

thanks to all my fellas,my teachers,througout all this 2 years...finally this is the time.

segalanya bermula di sini,tapi tak akan berakhir di sini.

: )

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, April 4, 2014

hati diketuk dibeduk.



Bismillah..salam sahabat...lama tak update blog kaaan..hehe...mungkin ade yg ikut perkembangan belog ini ataupun krik2 sahaja...tp,x pe lah...yg pntg nk update jgk.tak kesah..hehehe....

Alhamdulillah,byk yg trjadi bebrapa bulan ni kan...dan merupakan cabaran yg BESAR untuk umat Islam kan...serius,x tipu...kehilangan MH370,pengikut Ikhwanul Muslimin yang ke tali gantung,.apa lagi...byk lah..

dan byk jgk perkara yg berlaku pada diri saya sendiri..huhuhuhu...tak taw nak ckp ape...hati ni bagai diketuk dengan keras sekali...bahwasanya Allah nk menyedarkan saya tentang isu umat Islam yg semakin tenat...dan saya tak menyangkal jika masih ada umat islam sekarang xtaw pun pasal Ikhwanul Muslimin ke tali gantung tu...serius!mmg ada segelintir umat Islam yg x ambik berat pun psl isu ummah..kenapa?kenapa?kenapa?ups,terover pulak...
macam dalam filem..hehe...

dan sebagai umat Islam,apa yang kita buat?BABE,ni masalah ummah taw,bukan mslh jerawat kat pipi ataupun mslh rantai basikal putus...hehe..kita ni ummat yang terakhir taw,dan ingat tak apa mithaq(janji) yang telah kita buat before kita wujud lg,sila rujuk surah al baqarah,ayat 30 dan surah az zariyat ayat 56. Ingat tak matlamat hidup kita ni sebenarnya?

Meh saya bagi analogi sikit, kita ni ibarat sebuah mesin yang bila manufacture datangkan kepada sesuatu kedai tu adalah dengan komponen2 yang lengkap,dan setiap komponen itu bukan useless,tetapi setiap satu daripada komponen itu mempunyai fungsinya sendiri. That is how we supposed to think and we supposed to act. Allah jadikan kita bukan saja2 taw, kita mempunyai fungsi yang penting dlm dunia ini untuk tujuan yg penting. Selain itu, bukti di mana setiap yang Allah jadikan itu mempunyai fungsinya, sperti mana Allah jadikan antibody dlm badan kita sebagai askar yang boleh defence our body against disease. Tu bahasa mudah lah yang saya boleh sampaikan. Kalau saya sebut pasal pathogen dan antigen, pening pulak nak digest.hehe.

erm,tu lah sedikit sebanyak yang boleh saya sampaikan. Saya juga menegur diri sendiri sebagai umat islam yang mahukan Islam bangkit kembali. InsyaAllah.

salam keamanan . ilalliqa' :)

#hati diketuk oleh seseorang. Tetapi sejauh mana kebenaran, Sang Pencipta Maha Tahu. :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, January 31, 2014

wasilah

 

Bismillah. Salam sayang sahabat. :)

Wasilah hidayah Allah itu luas. Hanya kita yang terkadang peka terkadang lepa.

True. Hidayah belongs to Allah only. But we are created to spread the beautiful of Allah and Islam.

Because of what?

Because,

we are full time daie. ^______^
 

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, January 7, 2014

janji khalifah



Bismillah...Assalamualaikum sahabat..heee...allahumma solli ala muhammad,wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallam.. :) haaa,jangan lupa ulangtahun kelahiran kekasih kita yang kedua 
dah hampir tiba. ^_^ siapa lagi kalau bukan Rasulullah . Kekasih pertama kita adalah ALLAH . :)

hari ni cuma nak kongsi video klip berserta lagunya , janji khalifah oleh Hijjaz! :)
serius sedap.tak tipu...rancak tapi the lyric was soooo awwweesome! ^_^
check it out ok.

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah
Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semuanya
Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci
Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah
Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah
Sesungguhnya solatku, ibadahku dan matiku
Untuk Allah Tuhan sekalian alam


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)