Saturday, January 19, 2013

mereka ISTIMEWA.

pengalaman menjaga murid2 pendidikan khas yang comel belaka. :)



Salam ceria semua! ^_^
hee...tp,mood sedih ni.. :(

tiba2 dari semalam rindu sara sgt!erm,lepas ni jarang jumpa sara dah.Kakak nak balik uia dah..Semalam sempat kejap je main2 dengan sara.

beberapa hari lalu,di sekolah mama,saya membantu guru pendidikan khas menjaga murid2 pendidikan khas.Awalnya takut jugak tak pandai nak kawal mereka,tapi,Alhamdulillah,akhirnya,saya sangat seronok.Mereka istimewa.Mereka hebat! :)

Macam2 gelagat.Ada seorang murid india ni,nama nya Iwaras,dia kerap ingin ke tandas.Dia akan cakap ni : "cikgu,nak kencing..".Walaupun baru je 2 minit pergi tandas.hehe..comel kan..
ada yang dengan pelat nogori sembilannya,nama nya Nina,dia akan selalu cakap : "mano,mano,mano" . hehe. comel sangat.
Lagi sorang,Haikal.cute sangat2.Haikal ni tak pandai cakap.Ye lah.Secara mental nya,dia agak lambat dari budak2 tahun 1 yang lain.Macam baby.Dia suka tepuk tangan,pastu pusing.Berapa kali dah dia buat.Itu je yang dia tahu.Dia suka musik.Kalau dengar je lagu.Dia akan tepuk tangan,dan pusing.hehehe.Soalan saya selalu camni : tak pening ke haikal?Tapi,dia tak faham.hehe.comel je.
Ada lagi budak comel.Namanya Alia.Alia ni banyak sangat cakap.Dia suka peluk orang.Alia ni tak boleh jalan sendiri,nanti dia akan pergi mana2 je suka2 hati dia.Kalau nak ke tandas,mesti ada yang teman.Pegang tangan dia kuat2.hehe.

semua murid ada 11 orang.Saya sayang semuanya.

tapi,ada sorang budak comel ni,saya paling sayang.Nama dia Sara.

sahabat nak tahu siapa sara ni?


ni lah sara.comel kan dia. :)
Sara ni comel sangat.Dia hebat.Dia senyum je selalu seolah-olah dia tak de masalah.tapi,kalau mak dia tinggal dia,dia nangis lah..hehe.Tapi,dalam beberapa hari ni sara tak nangis dah. :) Sara ni anak istimewa.Kakinya agak bengkok,tapi dia masih boleh berjalan.Dan suka sangat jalan.Tak penant langsung..tapi,kalau dia penat,dia mesti cakap,"air".Dengan suara yang comel.Sara tak pandai cakap banyak lagi.Dia boleh cakap sepatah-sepatah je.Macam mana pun,dia faham apa orang cakap,apa orang suruh.Sara baru darjah satu.Sara mengajar erti syukur,tabah,dan sabar.Ye,memang dia masih kecil,dan tak tahu apa-apa,tapi,waktu jaga dia,sangat mudah..walaupun dia kurang sempurna, tapi, dia sempurna pada hatinya.

Sara!!kakak rindu sara. :)

#tetiba rasa seronok je jadi cikgu.hik3..homesick!!dah nak balik uia dah!argh!!hehe..belum balik lagi,tapi,dah steress.. :p

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)