Sunday, April 28, 2013

dakwah NON-STOP.

Bismillah..
Salam sahabat semua..lama x menulis..ohh...berhabuk nampaknye...ape yg berhabuk?blog?ohh..tidak!tak payah nak merepek blog ini berhabuk..mungkin laptop anda yang berhabuk..hehe

hati ni sebenarnya dah lama x menyebarkan cintaNya di medan dakwah. :D

rindu rasanya.Biarlah orang mencemuh,orang memaki,tabahkan diri,sibghah kan dirimu dalam perjuangan Rasulullah..insyaAllah...moga Allah redha. ☺

tadi belek2 lah quran tu kejap..tadabbur sikit..dgn izin Allah,terbaca ayat 107-111 Surah Al-Mu'minun.

[107]“Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.”
[108]
(Allah) berfirman: “Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!
[109]
“Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat ‘.
[110]
“Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
[111]
“Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”.

pada hari akhirat nanti, ada segolongan manusia yang meminta dikeluarkan Allah dari neraka,dan berjanji akan membuat kebaikan.Tetapi,Allah tidak mengizinkan,maka mereka kekal di dalamnya.

astaghfirullah...pernah tak terfikir,adakah kita yang dikatakan Allah dalam ayatNya?
bila terfikir macam tu ,rasa macam amalan ni sangatlah sikit..ya Allah,pedihnya azabMu..jauhkan kami dari azabmu yang pedih itu ya Allah...

Mereka ini telah mentertawakan segolongan manusia yang lain yang sentiasa beriman kepada Allah,menyeru kepada kebaikan.

Contohnya,para daie' yang non stop berdakwah,bersabarlah.Allah akan membalas dengan sebaik-baik balasan.insyaAllah..

aha!jangan lupa awak yang sedang membaca ni pun merupakan daie taw! ^_^ ape awak fikir yang masuk rancangan daie' dkt tv3 tu je ke yg perlu jadi daie..ha,,silap besar tu..hehe..wajib ke atas setiap muslim untuk berdakwah . It is an obligatory . :) Nak syurga tak?Mestilaaaaaaa....

So,pilihan di tangan kita,Nak ikut nafsu atau Allah dan rasulNya?

wallahua'lam.
wassalam. :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

No comments: