Saturday, January 19, 2013

mereka ISTIMEWA.

pengalaman menjaga murid2 pendidikan khas yang comel belaka. :)



Salam ceria semua! ^_^
hee...tp,mood sedih ni.. :(

tiba2 dari semalam rindu sara sgt!erm,lepas ni jarang jumpa sara dah.Kakak nak balik uia dah..Semalam sempat kejap je main2 dengan sara.

beberapa hari lalu,di sekolah mama,saya membantu guru pendidikan khas menjaga murid2 pendidikan khas.Awalnya takut jugak tak pandai nak kawal mereka,tapi,Alhamdulillah,akhirnya,saya sangat seronok.Mereka istimewa.Mereka hebat! :)

Macam2 gelagat.Ada seorang murid india ni,nama nya Iwaras,dia kerap ingin ke tandas.Dia akan cakap ni : "cikgu,nak kencing..".Walaupun baru je 2 minit pergi tandas.hehe..comel kan..
ada yang dengan pelat nogori sembilannya,nama nya Nina,dia akan selalu cakap : "mano,mano,mano" . hehe. comel sangat.
Lagi sorang,Haikal.cute sangat2.Haikal ni tak pandai cakap.Ye lah.Secara mental nya,dia agak lambat dari budak2 tahun 1 yang lain.Macam baby.Dia suka tepuk tangan,pastu pusing.Berapa kali dah dia buat.Itu je yang dia tahu.Dia suka musik.Kalau dengar je lagu.Dia akan tepuk tangan,dan pusing.hehehe.Soalan saya selalu camni : tak pening ke haikal?Tapi,dia tak faham.hehe.comel je.
Ada lagi budak comel.Namanya Alia.Alia ni banyak sangat cakap.Dia suka peluk orang.Alia ni tak boleh jalan sendiri,nanti dia akan pergi mana2 je suka2 hati dia.Kalau nak ke tandas,mesti ada yang teman.Pegang tangan dia kuat2.hehe.

semua murid ada 11 orang.Saya sayang semuanya.

tapi,ada sorang budak comel ni,saya paling sayang.Nama dia Sara.

sahabat nak tahu siapa sara ni?


ni lah sara.comel kan dia. :)
Sara ni comel sangat.Dia hebat.Dia senyum je selalu seolah-olah dia tak de masalah.tapi,kalau mak dia tinggal dia,dia nangis lah..hehe.Tapi,dalam beberapa hari ni sara tak nangis dah. :) Sara ni anak istimewa.Kakinya agak bengkok,tapi dia masih boleh berjalan.Dan suka sangat jalan.Tak penant langsung..tapi,kalau dia penat,dia mesti cakap,"air".Dengan suara yang comel.Sara tak pandai cakap banyak lagi.Dia boleh cakap sepatah-sepatah je.Macam mana pun,dia faham apa orang cakap,apa orang suruh.Sara baru darjah satu.Sara mengajar erti syukur,tabah,dan sabar.Ye,memang dia masih kecil,dan tak tahu apa-apa,tapi,waktu jaga dia,sangat mudah..walaupun dia kurang sempurna, tapi, dia sempurna pada hatinya.

Sara!!kakak rindu sara. :)

#tetiba rasa seronok je jadi cikgu.hik3..homesick!!dah nak balik uia dah!argh!!hehe..belum balik lagi,tapi,dah steress.. :p

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, January 18, 2013

f.r.i.e.n.d



dear friends,only Allah knows how much I love you lillahi Ta'ala! :)


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, January 14, 2013

wajah baru bellogku

hee.saje nak mengupdate post pasal belog wajah baru yang comel.comellah sangatt :p 
alhamdulillah,akhirnya puas hati jugak lah dapat edit gini walaupun ambo ni tak se 'pro' mereka yang berbelog ni.hehe.
itu saje.heee
ilalliqa'
wassalam.


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

tak sembahyang jumaat ke bang? :)

Bismillah.
erm,even hari ni bukan hari jumaat,tapi....nak story satu citer lah about hari jumaat ni..

kalau hari jumaat kan,solat apa yang sinonim dilakukan pada hari jumaat ni?
opkos la solat jumaat kan! ^_^

and satu lagi fakta,org lelaki kan yang diwajibkan pergi solat jumaat ni kecuali musafir kan?Para fuqaha menegaskan orang yang wajib mengerjakan solat jumaat ialah lelaki yang merdeka, mukallaf dan mampu. Tidak wajib jumaat ke atas orang yang bermusafir, hamba abdi dan wanita (Ibn Qudamah, al-Mughni 2/1349)
tapi,apa yang dapat saya perhatikan dan saya sendiri tengok,dekat kawasan saya,time solat jumaat,ada orang laki tu tak gi solat jumaat.gi keje pulak?

ha...alkesahnye tersebut lah kisah..

Pada jumaat yang hening,hee,saya,kakak,dan kawan kakak gi pekan,nak beli barang sikit.Kitorang keluar dlm pukul 11 cmtu lah.Kirenye dah beli barang semua,perut sudah bermain lagu "terukir di bintang" . hehe .

Kami pun pergi lah satu gerai makan ni.Agak terkenal jugak lah.takmau la ckp kedai apa.Kalau sebut je nama , ofkos korang tahu punya.Alaa,yang ada delivery tu,tapi,tak nak deliver,nak beli kat kedai tu lah kan.

Jam menunjukkan 1.30 petang.

Tengok dalam kedai tu,nampak semua pekerja lelaki.Erm....tak gi solat jumaat ke?Kitorang masuk lah balik ke dalam kereta.Minda masih berfikiran positif.

          "belum pergi kot.Kejap lagi pergi lah kot"otak meng'interperate" .
          "bukan ke dah masuk zohor ni,and dah masuk azan kedua.Kan kita dilarang jual beli selepas azan
           yang kedua hingga tamat solat jumaat?Dilarang berjual beli dengan lelaki." kakak melontarkan
           persoalan.
          "erm,ha'ah kan" kawan kakak meng ia kan.

kitorang pun tunggu punya tunggu dlm kereta,xde sorang pun pekerja wanita.hmmm..kitorang geram.
ikutkan hati.nak tanya kenapa xde staff perempuan kan.
tapi,tak jadi.kitorang pun pergi lah ke francais lain.dan francais tu sume staff perempuan yg kerja.gud job!

Fakta : 

Pengharaman jual beli pada hari jumaat adalah selepas dilaungkan azan kedua iaitu azan seperti zaman Rasulullah s.a.w. yang dilaungkan selepas imam berada di atas mimbar sebelum berkhutbah.(Ibn Kathir, 8/148)

Wanita sesama mereka tidak diharamkan menjalankan urusan jual beli walaupun selepas dilaungkan azan kedua solat jumaat. Hal ini kerana mereka tidak diwajibkan solat jumaat.

untuk maklumat lebih lanjut : http://ustaznaim.blogspot.com/2011/03/hukum-berjual-beli-pada-hari-jumaat.html

erm,semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dari Allah s.w.t dan syurga Allah. ^_^
ilalliqa'
wassalam.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

aku juga akhirnya berdrama :)

Sedar atau tidak,drama ku hampir terbongkar..jeng3... ^_^

antara dia dan aku.

kelu.bisu.tak tahu mana nak tuju.hehe

dengan izin yang Maha Esa,terungkai lah semua cerita.

kerana Dia yang tahu SEGALANYA.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, January 8, 2013

puteri syurga .

Buat muslimah tersayang,



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, January 7, 2013

Wahai ‘Ukasyah, pukul lah .


Assalamualaikum semua,hari ni saya nak kongsikan cerita berkenaan Rasulullah dan Ukasyah.mungkin ada yang sudah pernah dengar kisah ini yang membuktikan Rasulullah itu seorang yang amat mulia.Pekertimu ya Rasulullah,ku merinduimu ya Rasulullah. 
Ayuh hayati kisah ini....
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau menyuruh Bilah bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir.
Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
“Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah Bin Muhshan’ dan berkata:” Demi ayah dan ibuku Ya Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang mana pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.”
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata:”Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di balas (qishash).”
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata:” Siapakah di pintu?”
Lalu Bilal berkata:”Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil tongkatnya.”
Kemudian Fatimah berkata:” Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?”
Bilal berkata:”Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah menyediakan dirinya untuk di qishash.” Fatimah bertanya lagi:”Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?”
Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa nya kepada Rasulullah S.A.W.
Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah’. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata:”Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W., tetapi kamu qishashlah kami berdua.”
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata:”Wahai Abu Bakar dan Umar, duduk lah kamu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk kamu berdua.”
Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:”Wahai ‘Ukasyah! aku adalah orang yang sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu pukul lah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ali, duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hati mu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata:”Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah S.A.W., kalau kamu mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai ‘Ukasyah, pukul lah saya kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah berkata:” Ya Rasulullah S.A.W. anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.”
Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah S.A.W. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah S.A.W. maka dia pun mencium beliau dan berkata: “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”
Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah berkata:” Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W. di dalam syurga.”


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, January 1, 2013

i love mama. :)



Tiba2 jumpa pic comel ni kat tumblr..Comel macam mama saye!weeeee ^_^

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)