Friday, December 13, 2013

penyambungan cerita2 HIJRAH girl :)



Bismillah.
Assalamualaikum brothers and sisters.(panggilan ni la yang digunakan di CFS iium,tempat di mana saya menuntut ilmu)
yeah,as usual,have you said selawat to Rasulullah today?
if not,follow me.allahumma solli ala saiyyidina muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallim. :) 
ok.cooooolll!^_^
THUMBS UP!hehe

Aha!NOW,it's your turn!
To spread this selawat to your friends.To say it frequently.Yeah,bila lagi kita nak buat perubahan kan?Even a little change,we must try to change.Emm,talk about change,is it a NEED or a WANT?and relate it with HIDAYAH pulak..it's look like complicated right,but,it's not.


change is a NEED and a WANT. 
to change from worse to a little good :) and to a very goooood! ^_^
it also can be called HIJRAH ,
but ,


We can change if
ALLAH wills.
#yang paling penting KERJASAMA!ehh,bukan2,silap pulak,hehehe,yang penting kita perlu sentiasa muhasabah diri.Cermin kan ada.Ce tengok sikit,comel tak kite?pakaian kita,akhlak kita?Ha,camne?

okies.ilalliqa'

wassalam. ^_^

sambungan cerita2 tu di bawah ni...pendek je citer ni...mengelakkan kebosanan.,harapnye lah. :)
http://kalamfilhubbi.blogspot.com/2012/10/nowits-your-turn-2_31.html
http://kalamfilhubbi.blogspot.com/2012/10/nowits-your-turn-3.html
http://kalamfilhubbi.blogspot.com/2012/11/nowits-your-turn-4.html
http://kalamfilhubbi.blogspot.com/2012/11/nowits-yourn-turn-5.html

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Saturday, November 16, 2013

wake up call.




Bismillah.Good day everyone! Wake up and Smile! :)
Ok, that's enough.hehe

beberapa hari lepas, err , dah berminggu jugak rasanya, aku diberitahu
tentang perginya Ahmad Ammar , adik kepada kakak ipar aku.
Asbab kemalangan di Turkey.

Benar. Mati itu pasti . 
Kitalah yang sering alpa dan melupakannya.



Ahmad Ammar ni sangat hebat.Aku salute springgg (hehe..) macam mane dia boleh belajar sejarah turki uthmaniyyah(tak silap aku) dekat sana.
Nak tahu hebat tak hebat, try figure out dkt blog Ustaz Hasrizal keyh.
Tekan je nama ustaz tu,korang akan direct ke post ustaz pasal Ammar. :)

Aku terfikir, perginya dia dengan jalannya sedemikian. 
Aku?Kita semua?Mereka?
Bagaimana?

Wallahua'lam.

Ammar antara anak muda yang memperjuangkan Islam, aware dengan isu semasa dunia Islam.
Islam memerlukan syabab seperti kita semua untuk merealisasikan islam
sebagai USTAZIATUL ALAM kembali.


Sepertimana yang pernah ISLAM capai satu ketika dahulu.

Bagaimana Islam mencapai kegemilangannya adalah melalui pembentukan diri individu muslim melalui

USRAH.

Selama 13 tahun di Mekah, Rasulullah telah mencorak peribadi muslim yang hebat seperti Umar Al-Khattab , Mushab bin Umair melalui sistem usrah.

Dan.
Aku rasa penting untuk kita bangun sahabat. Please la stop untuk label orang yang join usrah ni hanya GTL . ( Geng Tudung Labuh ) . Why?Orang yang tak tdung labuhdan tak berkopiah  tak boleh join usrah ke? And sentence yang macam ...

" Eleh, join usrah nak tunjuk baik la tu.."
" Hipokrit je join usrah tu, kat luar same je"
" Ko fikir dengan usrah ko boleh jadi better ke babe? Macam tak berubah je ko "

Shhh..Hey2!Please stop labelling people like that. They are developing themselves to be a great dai'e , great khalifah . and how about you ? 



Erm, ayuh sahabat , perjuangkan Islam kembali . We are the GangIslam style . hehe
Ilalliqa'
Wassalam.


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, November 4, 2013

Friday, July 26, 2013

Debu yang berterbangan...





Assalam sahabat :)

alhamdulillah,semalam dapat berjumpa buat kali kedua dengan akak usrah,dan adik beradik usrah untuk sem ni...amboi..pnjg ayat...hehe..terover Excited plk. :p

okeyh,tanpa buang masa...nk ckp isi usrah itu utk dikongsi brsama...cewaah....

Dimulakan dengan bismillah,,seterusnya MC kami semalam is Hazwani Ismail.Orang kedah..Terrbaek punye rememberance to us...She talk about "yaumul hisab" . The Day of Judgement !
She really3 afraid and then cry,and makes us feel touched.

Kami mentadabbur (boleh ea bahasa ni) Kalam SuciNya,surah Al-A'raf,verse 25 & 26.
boleh tak kawan2 search ayat tu sendiri..hehe..saje nk bg homework,kalau rasa rajin lah,kalau x nak,xpelah,saya bagi tp in english eh :-

7:25
He said, "Therein you will live, and therein you will die, and from it you will be brought forth."
7:26
O children of Adam, We have bestowed upon you clothing to conceal your private parts and as adornment. But the clothing of righteousness - that is best. That is from the signs of Allah that perhaps they will remember.

yg saya nak sentuh di sini,about the clothing of righteousness.pakaian taqwa.Tak kesah lah jenama ape pun yg kite pkai,orlando ke,polo ke apollo ke,hehe,pakaian yang bertag taqwa ni dipandang tinggi di mata Allah.dan taqwa ni lah yang memberi kemuliaan pada kita di sisiNya,insyaAllah...and Wani ckp,janganlah kita jadi manusia yang rugi.Apabila kita menghadap Allah di hari pembalasan nnti,takut2 amalan yang kita bawa tu gugur ibarat debu yang berterbangan.Nauzubillah.Weh,ni bukan main2 ni...Allah berfirman tahu tak?Korang tak takut ke kalau in the blink of eye,we just nothing.Nauzubillahi min zalik..Takutnya sahabat...lakukan lah segala kerana mengharapkan redha dariNya keh..

ramadhan dah nak hbs... T-T wuuuwuuuu....xpe2...ada masa lagi....Go!Go!let's focus on ibadah! :)

wallahua'lam.
wassalam.ilalliqa' :)


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Sunday, June 30, 2013

omelan di pagi hari :)

" everything is okey . "

" sokey lah dear.Allah knows best."

" alaaa,ada hikmahnya tu " .

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

omelan ini sering diungkap kawan2 kita,sahabat2 kita bila kita ada problem. :)

dan mungkin di antara kita ada yang akan fikir,

" ala,ko cakap senang lah.Ko x taw aku yang tanggung."

atau pun,

"erm,btl jgk tu."

Haaaa....sebenarnya,bukan ke Allah dah ajar kita cara bagaimana nak menghadapi problemo ni..hehe.Allah berfirman dalam ayatNya dengan penuh kasih sayang ,

2:153


"O who you believed,seek help through patience and prayer.Indeed Allah is with the patient."

( 2:153 )
Patience and prayer.

Kan simple tu.Kan comey dah.Sabar dan solat.Itu islam. :)
 okey.wassalam.Ilalliqa' ^_^

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, June 10, 2013

this is cruelessstttt...



"The video is horrific in nature, a young woman raped, thrown in the street and a young man tries to pick her up as she is still alive, he drops her in the process of trying to run with her nude beaten body then President Al-Assad's bombs land around them and kills them both.

Day after day, I witness death out of Syria as commonplace here on Facebook with no relief in sight from any super-power, a person in a position of power and no acknowledge from humanity "this is wrong." "

Mrs. Susan C. Ramzipoor
Fremont, CA.
(San Francisco Bay Area, Silicon Valley, CA. USA)

sumber :  syria care


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

brave behind fear :)

Photo: Kucing ini sendiri dalam ketakutan dan menyembunyikan dirinya disebalik tin kosong daripada tembakan sniper kuffar syiah yang tidak mengenal mangsa. 

Laknat Allah keatas Syiah kuffar. Haiwan turut sama membenci kalian semua!

Kucing ini sendiri dalam ketakutan dan menyembunyikan dirinya disebalik tin kosong daripada tembakan sniper kuffar syiah yang tidak mengenal mangsa. 

Laknat Allah keatas Syiah kuffar. Haiwan turut sama membenci kalian semua!

sumber : syria care



Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Thursday, June 6, 2013

keep on seeking!



" Know that Allah gives life to the earth after its lifelessness. We have made clear to you the signs; perhaps you will understand."

{57:17}

#Allah gives chance for a die heart,so keep on seeking Him! :)



Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, May 28, 2013

Sunday, April 28, 2013

dakwah NON-STOP.

Bismillah..
Salam sahabat semua..lama x menulis..ohh...berhabuk nampaknye...ape yg berhabuk?blog?ohh..tidak!tak payah nak merepek blog ini berhabuk..mungkin laptop anda yang berhabuk..hehe

hati ni sebenarnya dah lama x menyebarkan cintaNya di medan dakwah. :D

rindu rasanya.Biarlah orang mencemuh,orang memaki,tabahkan diri,sibghah kan dirimu dalam perjuangan Rasulullah..insyaAllah...moga Allah redha. ☺

tadi belek2 lah quran tu kejap..tadabbur sikit..dgn izin Allah,terbaca ayat 107-111 Surah Al-Mu'minun.

[107]“Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.”
[108]
(Allah) berfirman: “Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!
[109]
“Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat ‘.
[110]
“Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
[111]
“Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”.

pada hari akhirat nanti, ada segolongan manusia yang meminta dikeluarkan Allah dari neraka,dan berjanji akan membuat kebaikan.Tetapi,Allah tidak mengizinkan,maka mereka kekal di dalamnya.

astaghfirullah...pernah tak terfikir,adakah kita yang dikatakan Allah dalam ayatNya?
bila terfikir macam tu ,rasa macam amalan ni sangatlah sikit..ya Allah,pedihnya azabMu..jauhkan kami dari azabmu yang pedih itu ya Allah...

Mereka ini telah mentertawakan segolongan manusia yang lain yang sentiasa beriman kepada Allah,menyeru kepada kebaikan.

Contohnya,para daie' yang non stop berdakwah,bersabarlah.Allah akan membalas dengan sebaik-baik balasan.insyaAllah..

aha!jangan lupa awak yang sedang membaca ni pun merupakan daie taw! ^_^ ape awak fikir yang masuk rancangan daie' dkt tv3 tu je ke yg perlu jadi daie..ha,,silap besar tu..hehe..wajib ke atas setiap muslim untuk berdakwah . It is an obligatory . :) Nak syurga tak?Mestilaaaaaaa....

So,pilihan di tangan kita,Nak ikut nafsu atau Allah dan rasulNya?

wallahua'lam.
wassalam. :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, March 15, 2013

levels of taqwa :)


Ibnulqayyim :

“Taqwaa has three levels:

The first: Protecting the heart and limbs from sins and all forbidden matters.
The second: Protecting the heart and limbs form disliked matters [Makrooh].
The third: Protecting oneself from the fudool [curiosity] and what does not concern him.

The first gives the servant his life, the second gives him health and strength and the third enables him to gain happiness, contentment and light.”
[Ibn al Qayyim; Al Fawaa-id : 45]


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, March 11, 2013

daurah OYEAH :)


Bismillah,salam sayang buat kawan2 seperjuangan,semoga sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayangNya. :)

so!macam mana iman hari ini?heee...asyik tny soalan yg same je kan..walau ape pun,ianya penting!kan3? :)



ha,,2 minggu lalu,saya dan sahabat menghadiri daurah OYEAH!!heee...
 what the meaning of oyeah?hehe..
OYEAH
stand for
open your eyes and heart. ^_^

so cute je daurah ni.
 alhamdulillah,ukhwah tu sgt terasa.Bak kata orang,"sedetik bersama,seabad terasa".

Dengan akak2 usrah yang kiut miut dan adik beradik daurah yang sangat comell :)

Pengisian yang padat.

Sometimes,speechless.
 sebab..rasa macam "nape aku tak pernah taw pun pasal benda ni.Penting ni"

and macam2 lagi.hehe.

sebelum ni dah la tak pernah join program seumpama ini.terasa diri ini kerdil.sangat2.lemahnya.

mungkin yang boleh dikatakan adalah

   knowlegdeless. heeee :D

tapi,alhamdulillah,after join usrah ni,dpt taw serba sedikit sejarah Islam.Waktu kemunculannya,kebangitannya,kejayaannya,kejatuhannya,hingga detik ini.Dapat ku rasakan Islam itu semakin lemah.Bukan kerana agamanya,tetapi,Muslim itu sendiri tidak menjunjung Islam as 'THE WAY OF LIFE" .

sedih.sebak.kecewa.ter SEDAR . akulah yang perlu menegakkan Islam itu kembali! Kalau bukan aku,siapa lagi?itu tanggung jawabku.kelak,apakah yang akan ku jawab bila dipersoalkan oleh Allah di akhirat?

erm,,hidup ni wahai sahabat,

bukanlah satu yang mudah.Ianya payah,kerana ianya memang begitu.Tak usah kau mengadu lelah.

Ada yang mengadu penat,letih dan lelah.

Ada yang mengadu penat,letih dan lelah,tapi,semangatnya kuat dan dia berkata 'LILLAH!'. :)

salam mujahadah sahabat! ^_^

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Saturday, February 23, 2013

Robot


Bismillah.
Assalamualaikum sahabat. ^_^

ehhh...jap2!! WARNING! post ini adalah sambungan dari post yang sebelum ni,makanya PLEASE read post before this below this post..amboi,berbelit-belit kite speaking.hehe.

Ha,smlm time stdy circle tu,akak ada suruh kitorang lukis robot.Kite dgn penuh semangat nye..lukis lah robot yang comel berserta fungsinya sekali.Akak usrah bernama Shaidatul Liyana suruh kitorang present kat depan.wakil 3 orang je.Bukan semua,tapi,lukis bagai nak masuk world cup.hehe.nak tgk robot saye.jap ye..JANGAN GELAK!nanti merajuk.hehe


haaa..comel tak robot ni?banyak fungsinya.

Alarm yang ala2 teletubbies kat ats tu : kejutkan subuh dan menyala2.
Kotak kat depan badan robot tu : waktu solat.
tangan belah kiri : ada sensor untuk kesan makanan halal atau tidak.
Tangan kanan : ada bulu ayam.Boleh tolong buat kerja rumah.hehehe.(pemalas betul) ^_^

dan saya sebagai tuan punya robot ni,mesti lah nak roBot ni buat apa yang kite suruh.ye tak?kawan2 pun mesti macam tu kan?Kalau lah satu hari tu,robot kita tak nak buat apa yang kita suruh,marah tak kita?mestilah marah kan?kan?kan? (angkat kening.hehe)

haa...ni analogy je..sama je macam ni :

Allah pencipta kita.Dia yang mencipta kita,kalau kita tak buat apa yang Allah suruh,Allah marah tak?haa,,sama kan macam situasi kat atas tu,so,nye,wajib ke atas kita mentaati segala perintah Allah. :)
Allah yang mencipta kita.Kita wajib tunaikan dulu hak Allah berbanding hak2 yang lain.

erm,sampai sini dulu sahabat.ilalliqa'
wassalam. :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

study circle.

Salam sayang buat sahabat2 seperjuangan. :)

apa khabar iman hari ini?apa khabar rohani hari ini?apa khabar diri hari ini?sudahkah kita bertahmid memuji Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kita?kalau belum,mari sama2 ucapkan 'alhamdulillah' . Istighfar 3 kali . Astaghfirullahal a'zim.. Selawat ke atas Rasulullah 3 kali, Allahumma solli a'la Muhammad,waa'la alihi wasohbihi wabarik wasallim.. ^_^

Alhamdulillah. kawan2 semua,kita ada kat rumah ni,ni yang baru update belog ni.huuuu.

sem ni kita ambik subjek 'Study Circle' . Mula2 tertanya-tanya jgk,macam mana stdy circle ni..rupanya S.C ni macam usrah. Best sangat!! Rohani yang selama ini dahagakan santapannya,akhrnya kenyang jugak..tapi,rohani takkan pernah kenyang.Selagi kita hidup di atas muka bumi sebagai i'bad (hamba) dan khalifah,selagi itu kita perlu sentiasa 'top up' rohani kita. Betul tak kawan2? ^_^

erm,alhamdulillah,minggu yang amat memenatkan sukses diharungi.Semuanya atas bantuan Rabbi.ni baru minggu yang memenatkan,belum disuruh berjihad ke medan syahid,belum tentu lagi dapat merentasi atau tidak.Masya Allah..Astaghfirullah..maafkan hamba ya Allah.

oh.baru teringat nak share apa pada sahabat..first,pasal robot.haa..mesti pelik,robot ape pulak minah ni.hehehe..second,hadaf.Haaa..ni lagi pelik,hadaf ape pulak.Macam typo je,hadap ke hadaf?heeeee.
Kalau nak tawu.post kaan dtg lah.hehe.Kite tak nak tulis panjang2 , nanti korang boring giler.hehe.okelah sahabat.

wassalam.ilalliqa' ^_^

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, February 8, 2013

happy circle

Assalamualaikum..
haa...lame sangat tak update kat blog ni...hari ni baru berpeluang online di library cfs iium.
erm,just a short post today..
about....

bulatan bahagia... :)

usrah lah my dear....finally,dpt jugak masuk usrah kat uia...kami ada 6 orang,ehh,7 termasuk akk usrah tu..namanya Kak Saffana..panggilan untuk akk yang cute ni adalah kak Saff...kak saff ni sgt lah slumber,rileks je,cute pulak,and sempoi habes lah... :)

adik beradik kami yg lain,adalah,sara,sai,anis,atilia dan .. alaaa,nape x ingat nama lagi sorang tu...oh no...how can i forget her??jap2...serious!x ingt...xpe2..nnti saya akan perkenalkan dia...hehe..okelah...tu je..hehe...saje mengupdate ni je..

erm,haaa...ada teka teki,dalam byk2 surah,surah apa yang plg banyak Allah bersumpah?renung-renungkan dan selamat beramal.. :) nnti saya share apa yg saya dapat dari usrah tu ye..

ilalliqa'.
wassalam. :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Saturday, January 19, 2013

mereka ISTIMEWA.

pengalaman menjaga murid2 pendidikan khas yang comel belaka. :)



Salam ceria semua! ^_^
hee...tp,mood sedih ni.. :(

tiba2 dari semalam rindu sara sgt!erm,lepas ni jarang jumpa sara dah.Kakak nak balik uia dah..Semalam sempat kejap je main2 dengan sara.

beberapa hari lalu,di sekolah mama,saya membantu guru pendidikan khas menjaga murid2 pendidikan khas.Awalnya takut jugak tak pandai nak kawal mereka,tapi,Alhamdulillah,akhirnya,saya sangat seronok.Mereka istimewa.Mereka hebat! :)

Macam2 gelagat.Ada seorang murid india ni,nama nya Iwaras,dia kerap ingin ke tandas.Dia akan cakap ni : "cikgu,nak kencing..".Walaupun baru je 2 minit pergi tandas.hehe..comel kan..
ada yang dengan pelat nogori sembilannya,nama nya Nina,dia akan selalu cakap : "mano,mano,mano" . hehe. comel sangat.
Lagi sorang,Haikal.cute sangat2.Haikal ni tak pandai cakap.Ye lah.Secara mental nya,dia agak lambat dari budak2 tahun 1 yang lain.Macam baby.Dia suka tepuk tangan,pastu pusing.Berapa kali dah dia buat.Itu je yang dia tahu.Dia suka musik.Kalau dengar je lagu.Dia akan tepuk tangan,dan pusing.hehehe.Soalan saya selalu camni : tak pening ke haikal?Tapi,dia tak faham.hehe.comel je.
Ada lagi budak comel.Namanya Alia.Alia ni banyak sangat cakap.Dia suka peluk orang.Alia ni tak boleh jalan sendiri,nanti dia akan pergi mana2 je suka2 hati dia.Kalau nak ke tandas,mesti ada yang teman.Pegang tangan dia kuat2.hehe.

semua murid ada 11 orang.Saya sayang semuanya.

tapi,ada sorang budak comel ni,saya paling sayang.Nama dia Sara.

sahabat nak tahu siapa sara ni?


ni lah sara.comel kan dia. :)
Sara ni comel sangat.Dia hebat.Dia senyum je selalu seolah-olah dia tak de masalah.tapi,kalau mak dia tinggal dia,dia nangis lah..hehe.Tapi,dalam beberapa hari ni sara tak nangis dah. :) Sara ni anak istimewa.Kakinya agak bengkok,tapi dia masih boleh berjalan.Dan suka sangat jalan.Tak penant langsung..tapi,kalau dia penat,dia mesti cakap,"air".Dengan suara yang comel.Sara tak pandai cakap banyak lagi.Dia boleh cakap sepatah-sepatah je.Macam mana pun,dia faham apa orang cakap,apa orang suruh.Sara baru darjah satu.Sara mengajar erti syukur,tabah,dan sabar.Ye,memang dia masih kecil,dan tak tahu apa-apa,tapi,waktu jaga dia,sangat mudah..walaupun dia kurang sempurna, tapi, dia sempurna pada hatinya.

Sara!!kakak rindu sara. :)

#tetiba rasa seronok je jadi cikgu.hik3..homesick!!dah nak balik uia dah!argh!!hehe..belum balik lagi,tapi,dah steress.. :p

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, January 18, 2013

f.r.i.e.n.d



dear friends,only Allah knows how much I love you lillahi Ta'ala! :)


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, January 14, 2013

wajah baru bellogku

hee.saje nak mengupdate post pasal belog wajah baru yang comel.comellah sangatt :p 
alhamdulillah,akhirnya puas hati jugak lah dapat edit gini walaupun ambo ni tak se 'pro' mereka yang berbelog ni.hehe.
itu saje.heee
ilalliqa'
wassalam.


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

tak sembahyang jumaat ke bang? :)

Bismillah.
erm,even hari ni bukan hari jumaat,tapi....nak story satu citer lah about hari jumaat ni..

kalau hari jumaat kan,solat apa yang sinonim dilakukan pada hari jumaat ni?
opkos la solat jumaat kan! ^_^

and satu lagi fakta,org lelaki kan yang diwajibkan pergi solat jumaat ni kecuali musafir kan?Para fuqaha menegaskan orang yang wajib mengerjakan solat jumaat ialah lelaki yang merdeka, mukallaf dan mampu. Tidak wajib jumaat ke atas orang yang bermusafir, hamba abdi dan wanita (Ibn Qudamah, al-Mughni 2/1349)
tapi,apa yang dapat saya perhatikan dan saya sendiri tengok,dekat kawasan saya,time solat jumaat,ada orang laki tu tak gi solat jumaat.gi keje pulak?

ha...alkesahnye tersebut lah kisah..

Pada jumaat yang hening,hee,saya,kakak,dan kawan kakak gi pekan,nak beli barang sikit.Kitorang keluar dlm pukul 11 cmtu lah.Kirenye dah beli barang semua,perut sudah bermain lagu "terukir di bintang" . hehe .

Kami pun pergi lah satu gerai makan ni.Agak terkenal jugak lah.takmau la ckp kedai apa.Kalau sebut je nama , ofkos korang tahu punya.Alaa,yang ada delivery tu,tapi,tak nak deliver,nak beli kat kedai tu lah kan.

Jam menunjukkan 1.30 petang.

Tengok dalam kedai tu,nampak semua pekerja lelaki.Erm....tak gi solat jumaat ke?Kitorang masuk lah balik ke dalam kereta.Minda masih berfikiran positif.

          "belum pergi kot.Kejap lagi pergi lah kot"otak meng'interperate" .
          "bukan ke dah masuk zohor ni,and dah masuk azan kedua.Kan kita dilarang jual beli selepas azan
           yang kedua hingga tamat solat jumaat?Dilarang berjual beli dengan lelaki." kakak melontarkan
           persoalan.
          "erm,ha'ah kan" kawan kakak meng ia kan.

kitorang pun tunggu punya tunggu dlm kereta,xde sorang pun pekerja wanita.hmmm..kitorang geram.
ikutkan hati.nak tanya kenapa xde staff perempuan kan.
tapi,tak jadi.kitorang pun pergi lah ke francais lain.dan francais tu sume staff perempuan yg kerja.gud job!

Fakta : 

Pengharaman jual beli pada hari jumaat adalah selepas dilaungkan azan kedua iaitu azan seperti zaman Rasulullah s.a.w. yang dilaungkan selepas imam berada di atas mimbar sebelum berkhutbah.(Ibn Kathir, 8/148)

Wanita sesama mereka tidak diharamkan menjalankan urusan jual beli walaupun selepas dilaungkan azan kedua solat jumaat. Hal ini kerana mereka tidak diwajibkan solat jumaat.

untuk maklumat lebih lanjut : http://ustaznaim.blogspot.com/2011/03/hukum-berjual-beli-pada-hari-jumaat.html

erm,semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dari Allah s.w.t dan syurga Allah. ^_^
ilalliqa'
wassalam.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

aku juga akhirnya berdrama :)

Sedar atau tidak,drama ku hampir terbongkar..jeng3... ^_^

antara dia dan aku.

kelu.bisu.tak tahu mana nak tuju.hehe

dengan izin yang Maha Esa,terungkai lah semua cerita.

kerana Dia yang tahu SEGALANYA.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, January 8, 2013

puteri syurga .

Buat muslimah tersayang,



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, January 7, 2013

Wahai ‘Ukasyah, pukul lah .


Assalamualaikum semua,hari ni saya nak kongsikan cerita berkenaan Rasulullah dan Ukasyah.mungkin ada yang sudah pernah dengar kisah ini yang membuktikan Rasulullah itu seorang yang amat mulia.Pekertimu ya Rasulullah,ku merinduimu ya Rasulullah. 
Ayuh hayati kisah ini....
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau menyuruh Bilah bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir.
Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
“Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah Bin Muhshan’ dan berkata:” Demi ayah dan ibuku Ya Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang mana pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.”
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata:”Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di balas (qishash).”
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata:” Siapakah di pintu?”
Lalu Bilal berkata:”Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil tongkatnya.”
Kemudian Fatimah berkata:” Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?”
Bilal berkata:”Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah menyediakan dirinya untuk di qishash.” Fatimah bertanya lagi:”Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?”
Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa nya kepada Rasulullah S.A.W.
Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah’. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata:”Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W., tetapi kamu qishashlah kami berdua.”
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata:”Wahai Abu Bakar dan Umar, duduk lah kamu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk kamu berdua.”
Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:”Wahai ‘Ukasyah! aku adalah orang yang sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu pukul lah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ali, duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hati mu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata:”Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah S.A.W., kalau kamu mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai ‘Ukasyah, pukul lah saya kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah berkata:” Ya Rasulullah S.A.W. anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.”
Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah S.A.W. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah S.A.W. maka dia pun mencium beliau dan berkata: “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”
Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah berkata:” Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W. di dalam syurga.”


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, January 1, 2013

i love mama. :)



Tiba2 jumpa pic comel ni kat tumblr..Comel macam mama saye!weeeee ^_^

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)