Thursday, November 15, 2012

Cafe Cinta

Bismillah
Assalamualaikum sahabat!Ha!

Hari ni nak kongsi sikit apa itu cinta?jeng3...
mungkin ramai yang confuse,pening2..apa itu rasa cinta?bercinta?bercouple?
ha.meh sini meh...kite duduk minum air masak je..^_^

erm,macam mana bercinta sebelum kahwin ni?apa hukumnya?boleh ke tidak?mungkin ada yang dah lama tertanya tanya.InsyaAllah,di sini ada sedikit keterangan yang ingin dikongsikan hasil daripada Cafe Cinta bersama Dr.Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha.
Aiwah sahabat!



First of all,kita kenal term2 berkaitan cinta ni.


rasa CINTA :

salah ke rasa cinta ni?erm,tidak.Sebab,rasa cinta ni fitrah.Sebagai contoh,kita melihat seseorang yang bertudung labuh,atau lelaki yang alim,kita akan rasa cinta.Ha,adakah salah?Tidak sahabat.

BERCINTA : 
Hukum bercinta bergantung kepada bagaimana seseorang itu mentakrifkan atau mentafsirkan rasa cinta itu.
Ikut kamus dewan bahasa adalah menaruh rasa suka.

BERCOUPLE : 
Bercinta-bercinta.Berdua-duaan,berpacaran.Menurut Dr.Yusuf Al-Qhardawi,dia menegaskan dia tidak memuji cinta sebelum berkahwin kerana cara seperti ini dikhuatiri berbahaya dan juga boleh menimbulkan syahwat.


Sahabat yang dikasihi Allah,

bercinta itu , hukumnya bergantung kepada BAGAIMANA kita menguruskan rasa cinta tu.

Sekiranya bercinta itu merujuk kepada , apabila seseorang itu menguruskan cinta dengan mempersiapkan diri dengan menjadi soleh atau solehah,menjaga batas2 pergaulan,itu tidak ada masalah. :)

Tetapi,apabila bercinta dengan cara sms yang sia2,walaupun tak pernah jumpa,berhubung melalui facebook,
Contohnya, 

abang dah makan ke?
kucing abang dah makan ke?
esok hari apa ye wak?
tergelak saya dengar yang last tu sewaktu mendengar Dr.Farhan menyebutkan itu.hehehe.hari ape pun nak ditanya. ^_^ sms ini sia2.Kata ulama' hukumnya makruh. 


Baiklah.Maka,hukum bercinta ini bergantung kepada macam mana kita ni uruskan cinta tersebut.Sahabat semua haruslah pandai mengurus cinta ye.Yang paling penting cinta kepada Allah itu cinta hakiki.Yang kekal abadi.Harap semuanya jelas.Wallahua'lam. :)

ilalliqa'
wassalam :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)