Sunday, September 9, 2012

Mengeluh bukan Cara terbaik!

"Aduh....sakitnyerrr..."
"Eeee...  @#*&$%@ ..apehal la boleh sakit ni..."

..................................................................................................................................................................................................................................................................

Hadis Rasulullah yang bermaksud : 

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bismillah..
Ha,kawan2,selalu tak mengeluh macam kat atas tu??Terutamanya waktu kita ditimpa musibah,iaitu sakit.Ya,diakui waktu sakit tu,memang sakit lah kan?(dah taw,tanya pulak..hehe).Sakit ni memang tidak disukai.Kalau boleh,nak sentiasa sihat je kan?Tapi,taw tak kenapa Allah bagi kita ujian macam ni?Taw tak kenapa Allah bagi kita ujian sakit ni?Untuk apa?Cuba tengok hadis di atas tu . ^^

Ha,dah baca dah?Kawan2 taw tak sakit tu dapat kafarahkan dosa-dosa kita yang lalu..Mungkin kita dah rasa diri kita baik dah."erm,solat dah cukup dah,puasa dah buat,aku buat baik dengan orang,dah jaga hubungan dengan Allah,tapi,kenapa aku kena sakit ni?"

Ha,jangan salah faham,Allah beri kita sakit untuk kita muhasabah diri kita balik sama ada kita ni benar2 sabar dengan ujian yang Allah beri atau kita hanya bersyukur bila kita dapat nikmat je,tapi,bila kita dapat musibah,kita jadi kufur nikmat pulak.Jangan macam tu taw. :)

Jangan hanya mengeluh!Ucapkan zikir2 penenang diri sewaktu sakit atau ditimpa musibah.Zikrullah itu penting! :)
oke lah.sampai sini je dulu.cik doktor nak balik uia dah ni.hehehe...jaga diri semua!jaga pemakanan.Kurangkan makan makanan yang berkolestrol dan sentiasa amalkan gaya hidup sihat.

Jumpa lagi!
Wassalam. ^_^

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Cinta itu..

ya Allah,jika dia benar untukku,satukan kami ya Allah,
jika bukan,pisahkan kami,
lindungi kami ya Allah,..
dari panah2 iblis yang sentiasa mengganggu gugat HATI ini..


adakala aku terfikir kan dia,
aku resah,
gelisah,
rindu,
sayang,
itulah CINTA.

seringkali ku dengar ungkapan
cinta itu tidak salah!

yang bersalah hanyalah
KITA
yang mengurus cinta itu
untuk siapa!

aku inginkan perasaan CINTA itu
buat waktu ini
untuk
yang Maha Esa.

biarlah resah ku ini untuk Nya
biarlah gelisah ku ini untuk Nya
biarlah rindu ku ini Untuk Nya
biarlah sayangku ini 
HANYA
untuk Dia! 
shauqahkhadra


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)