Monday, February 6, 2012

Dress for??



Assalamualaikum kawan2.heee ^_^
okey.hari ni ana nak berkongsi sedikit ilmu yang pernah ana pelajari dalam hidup.hee
iaitu tentang cara berpakaian menurut Islam.kawan2 tahu tak kita berpakaian ni untuk siapa kalau bukan kerana Allah ta'ala.Dengan niat itu,kita memakai pakaian itu dikira ibadah.apa2 jua pekerjaan yang dilakukan kerana Allah akan menjadi ibadah.
Firman Allah SWT yang bermaksud; “Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

maka,Rasulullah merupakan contoh terbaik dalam hidup kita.
Rasulullah SAW sendiri dalam segala segi manjadi rujukan dan ikutan setiap umat Islam yang komited dan istiqamah dengan suruhan agama, maka mereka turut meniru dan membudayakan setiap amalan dan tindakan termasuklah cara Rasulullah SAW berpakaian dalam hidup mereka. Itulah yang melambangkan imej dan syiar Islam sehinggakan keperibadian seseorang hamba itu turut dinilai melalui cara mereka berpakaian.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud; “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

so,remember that Dress for Allah! :)
then it'll be ibadah.

syukran for reading.ilalliqa'
wassalam.


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Muhammad s.a.w


Inspired by Muhammad

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)