Wednesday, October 31, 2012

NOW,it's your turn. (2)


Ha,sambungan dari part 1 tu,nak story sikit kisah yang dikongsikan oleh seorang muslimah comel ni.Silalah baca ye.^_^
          ________________ ____ ___ __ _

Aku menyarung tudung labuh ku,sarung stokin ku serta 'handsock' ke tangan ku.Lalu,aku mencapai beg sekolahku.Pagi itu hari pertama aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Ya,seperti biasa,imej budak SMKA ni begitulah nampaknya.Pulang dari sekolah,abah dan mama ajak aku ke pekan.Seperti biasa,Aku rilex je la pakai tudung bawal bidang 45,disilang ke bahu kiri dan kanan dengan memakai baju kurung.Tiada lagi tudung labuh.

    Begitulah hari-hari yang Aku lalui.

Aku mula belajar ber'couple'.Walaupun masih form 1.Muda sangat tu.hehe
Aku bermain mesej.Leka.Tetapi,Aku seorang yang tidak mudah hanyut dalam percintaan.Ceh..Bagi ku,belajar,adalah waktu belajar,dan tidak boleh dicampur adukkan dengan 'cinta'.

Pernah satu hari,ada seorang pelajar lelaki a.k.a 'pakwe' bertanya kepada Aku.
          "Aisyah,tak rasa hipokrit ke?"
          "Nak hipokrit kenapa pulak?"aku dengan muka hairan membalas mesej.
          "Yelah,kat sekolah pakai tudung labuh,kat luar tak pakai pun"
    dalam hati aku berbisik,"Haish,perli nampak,ada ke patut cakap camtu".Kemudian,aku pun balas lah mesej 'pakwe' aku tu.
          "Err,taklah.Tu kan hak masing-masing.As long as kite tutup aurat,ok lah kan."
          "Oh,camtu ea.Okay."

Aisyah kadang2 berfikir jugak apa yang 'pakwe' dia cakap tu,tapi,tak de apa lah kot bagi Aisyah.
Ada jugak sahabat2 Aisyah menegur Aisyah mengatakan bahawa 'couple' tu haram,tak boleh dan dilarang.Itu ini.Macam2.Aisyah seorang muslimah yang menerima nasihat dengan terbuka,tapi,dia
hanya terdiam dan senyum.Rasa insaf kadang2 ada jugak.hehe.

               Beberapa tahun kemudian...

#ha,agak2 ape jadi kat budak ni ea..tunguuuu... ^_^

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

No comments: