Monday, May 14, 2012

Ganjilkah aku??

Seusai mengerjakan solat zohor,aku bersiap mengenakan tudung labuh ku yang berwarna kuning dan pin berbentuk bunga berwarna pink.Aku tersenyum memandang wajahku sendiri di cermin,aku bersyukur kerana Allah kurniakan aku wajah yang sempurna.thank you Allah. :)
>>>>>>Aku pun bertolak ke kenduri rakan abahku di Perangsang Templer Golf Club.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Setibanya aku di sana,wahhh,subahanallah,mewah sungguh kehidupan keluarga ini.Kenduri tersebut diadakan di dewan berdekatan padang golf.Dewan itu dihiasi dengan cukup cantik.Bahagia melihat pasangan pengantin ibarat pinang dibelah dua. :)Aku mengambil makanan dan duduk bersama abah dan mama.Sambil aku duduk itu,aku perhatikan orang di sekeliling ku,kakak2..cantik!tapi...
kurang cantik apabila tudung tidak dipakai. :(

Aku lihat seorang perempuan berbaju kurung,rambut dilepaskan.Kemudian,aku terpandang lagi seorang seperti itu.Aku memandang diriku,persoalan timbul "ganjil ke aku?".
hmmm...aku berfikir sejenak.Sambil butir2 nasi aku suapkan dalam mulutku,aku terfikir satu hadis Rasulullah s.a.w.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
ghuraba
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”  [Hadith Muslim no. 145]
ataupun ada satu riwayat hadis Rasulullah seperti berikut :
Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]
Baginda ditanya, “siapakah orang-orang yang asing itu?”
Baginda menjawab, “iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]
Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, “iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia
Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, “mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Aku terfikir mungkinkah aku golongan yang ganjil ini?wallahua'lam.Aku yakin dengan pakaian ku,biarlah orang mengatakan aku aneh,aku seperti 'ustazah',pakaian ku kuno,aku tidak kesah.Aku percaya pakaian ku mampu menjauhkan aku dari fitnah dunia,dan mampu melindungi diriku dari azab api neraka. :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

3 comments:

zahinmohd said...

have to b proud of ur self.. jgn dengar komen yg merosakkn peribadi murni yg telah kita miliki.. biar plek pada pndngn "insan", jgn hina dr pandgn Allah.. drama kt dunia ni cume sementara.. apbila ia tamat, suatu yg jauh lebih besar menanti kita iaitu hari akhirat dan ia tiada penamat, malah balasan ade d dlm nye..
(xtually awk ni comel sbnr ne, kih3)

..::NaBiLaH SoLeHah::.. said...

heee..betul tu..thanks :) er??comel?alhamdulillah. ^_^

zahinmohd said...

yeah, comel ^_^