Tuesday, April 10, 2012

forgive . :)

#post kali ini khusus untuk abang muhammad yassin bin zainal rashidy.tapi,kawan2 pun boleh baca.
di kesempatan ini nak mintak maaf sangat.semoga Allah memudahkan segalanya.ameen :)

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."


ha..adakah kita orang yang pemaaf?
kesalahan yang dilakukan kadang2 tidak lah terlalu besar,hinggakan hendak bermusuhan
antara satu sama lain.
kan lebih mudah memaafkan dari terus memikirkan cara untuk membalas dendam.
tak gitu?hehe

Rasulullah s.a.w merupakan contoh yang paling mulia untuk kita ikuti dan teladani.
Sifat sabar dan pemaaf baginda s.a.w amat tinggi.Ya!Mungkin ada yang mengatakan
Rasulullah seorang yang maksum yakni yang terpelihara
dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

Tetapi,saya tanya kepada anda,
"Bukankah Rasul itu diutuskan untuk dicontohi?"
 

makanya,kawan2,contohi Rasulullah,sayang Rasulullah tak?
kalau sayang,jadilah orang yang pemaaf seperti baginda s.a.w. :)

Jangan nak panjangkan cerita.
Maafkan sahaja.

Kembalilah rapatkan ukhwah itu.

Rugi taw putuskan persahabatan.
Mintak maaf cepat!Sebelum terlambat. :)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

okay lah kawan2.
sampai sini je post kali ni.
tak boleh lama2.ilalliqa'
wassalam.
#di library UIA ni. :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

2 comments:

yassin said...

kalau nak mintak maaf kene beritahu kesalahannya sekali...baru la tak salah faham...jgn slalu buat orang lain salah faham kat kita...

..::NaBiLaH SoLeHah::.. said...

oh..cmtu ea?okey.heee