Tuesday, March 13, 2012

Semua Kerana DIA!

Angin pagi itu meniup lembut pipiku,seolah-olah menyapa ku di pagi hari,daun2 kehijauan menitiskan embun suci pagi yang nyaman,cicip burung-burung terbang bebas di arus awanan,dan aku?
Masih lagi di bumi Allah ini,masih melihat keindahan ciptaan Al-Khalik,aku masih dapat merasai udara segar pagi,tanpa ku sedari,air mataku jatuh menitis terus mengenai tanganku...............................I started to realize that I'M STILL ALIVE!




SEMUANYA KERANA DIA!

Jika bukan kerana Dia yang memberi keizinan ini,aku tidak dapat menikmati ini semua.
Jika bukan kerana Dia,aku tidak berada di alam ini.
Jika bukan kerana Dia,aku tidak mengerti apa kehidupan dunia ini.
Jika bukan kerana Dia,masih mampukah aku membuka mataku di pagi hari.
Jika bukan kerana Dia,aku tidak dapat mengolah apa tu cinta.
Jika bukan kerana Dia,masakan aku dapat masih terus di sini!

Semua kerana DIA!



Apa erti hidup ini tanpa Dia!
Apa erti cinta ini tanpa Dia!
Apa erti diri ini tanpa Dia!
Apa erti kasih sayang ini tanpa Dia!
Aku tak bisa tanpa DIA di sisi!



Yang aku tintakan ini adalah kerana DIA,Tuhan ku Yang Mencptakan ku,Yang Memberi Rezeki kepada ku hingga saat ini aku masih bernafas,Tuhanku yang Mencintaiku setiap masa walau terkadang aku melupakanNya,Yang masih Menemaniku di saat aku kesunyian.Terima Kasih Ya Allah,syukur ku kepadaMu tak terhingga,kerana Tanpa Mu Aku Tiada Apa-apa.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)