Tuesday, March 13, 2012

Semua Kerana DIA!

Angin pagi itu meniup lembut pipiku,seolah-olah menyapa ku di pagi hari,daun2 kehijauan menitiskan embun suci pagi yang nyaman,cicip burung-burung terbang bebas di arus awanan,dan aku?
Masih lagi di bumi Allah ini,masih melihat keindahan ciptaan Al-Khalik,aku masih dapat merasai udara segar pagi,tanpa ku sedari,air mataku jatuh menitis terus mengenai tanganku...............................I started to realize that I'M STILL ALIVE!




SEMUANYA KERANA DIA!

Jika bukan kerana Dia yang memberi keizinan ini,aku tidak dapat menikmati ini semua.
Jika bukan kerana Dia,aku tidak berada di alam ini.
Jika bukan kerana Dia,aku tidak mengerti apa kehidupan dunia ini.
Jika bukan kerana Dia,masih mampukah aku membuka mataku di pagi hari.
Jika bukan kerana Dia,aku tidak dapat mengolah apa tu cinta.
Jika bukan kerana Dia,masakan aku dapat masih terus di sini!

Semua kerana DIA!



Apa erti hidup ini tanpa Dia!
Apa erti cinta ini tanpa Dia!
Apa erti diri ini tanpa Dia!
Apa erti kasih sayang ini tanpa Dia!
Aku tak bisa tanpa DIA di sisi!



Yang aku tintakan ini adalah kerana DIA,Tuhan ku Yang Mencptakan ku,Yang Memberi Rezeki kepada ku hingga saat ini aku masih bernafas,Tuhanku yang Mencintaiku setiap masa walau terkadang aku melupakanNya,Yang masih Menemaniku di saat aku kesunyian.Terima Kasih Ya Allah,syukur ku kepadaMu tak terhingga,kerana Tanpa Mu Aku Tiada Apa-apa.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

checklist diri! ^_^

Assalamualaikum my frens!how's your iman today?is it fine or not?I'm very hope 
checklist below will help you to improve your iman today.sharing is caring! :)
so,enjoy read it! ^_^



Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, March 12, 2012

sahabat....



Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali 


Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa
.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, March 6, 2012

sebelum tidur.....


Sebelum tidur,Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah : 

"Ya Aisyah,jangan kau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu :

1.Khatam Al-Quran
2.Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3.Membuatkan para muslim meredhai kamu
4.Melaksanakan ibadat haji dan umrah

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah,bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?"

Rasulullah tersenyum sambil bersabda : 

" Jika engkau tidur bacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al-Quran). Dan bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelumku(maka kami semua akan memberikan syafaat kepadamu di hari kiamat). Dan beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih,bertahmid,bertahlil dan bertakbir(maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah). "

-MAFHUM DARI HADIS

sumber dari myibrah.com

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Sunday, March 4, 2012

tulang rusuk tidak akan tertukar! ^_^




~✿..Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untukmu..pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lain pun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu..kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan BERTUKAR..(✿◠‿◠) ♥ 

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)