Sunday, February 19, 2012

Pemergian Insan Tersayang,,

Bismillah..Assalamualaikum! :)
sehat semua??erm..semoga kawan2 semua sihat wal afiat bersama keluarga tersayang...
baru2 ni,pada 16 Februari 2012 hari khamis..ayah sahabat ana,Jasmira telah kembali ke rahmatullah..kerana sakit jantung yang dialaminya menyerang kembali dirinya...ana dan beberapa orang sahabat ana yang lain,Erra dan Izzati datang rumah Jasmira untuk bertanyakan khabarnya,,,,dan kami harap kedatangan kami dapat mengubat sedikit kesedihan di hati...Jasmira!u have to be strong!!be patient with what had happen,because everything happen in this world have reason in it.. :)

Kitorang mungkin tak rasa apa yang Jasmira rasa,tapi,kami harap sgt Jasmira dpt bersabar. :)

kematian itu dapat menginsafkan kita yang masih hidup..

sama2 kita renungkan sedikit perkongsian di bawah :




Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu” 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”. 


 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya"

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

No comments: