Thursday, February 23, 2012




Be, and it is.” — Qur’an 36:82

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Story of Sahabah

The Greatness of Abu Bakar {as}

  
Ali Ibn Abi Talib  :Do you know who the brave heart is?
People:You.
Ali Ibn Abi Talib  :Verily I have never lost a fight one on one. But the true brave heart is the one who was faced with every difficulty but never thought twice about the truth and that is Abu Bakar.


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Sunday, February 19, 2012

Optimis dengan Allah.!



Bismillah...Assalamualaikum kawan2!heeee :)
baru2 ini macam2 ujian datang silih berganti...ujian ape??jeng3...heee...itu rahsia saya dengan Allah. :) (jgn jeles.hehe)

bila kita ditimpa musibah,jangan sesekali kita menyalahkan takdir dan menyalahkan Allah yang memberi kita ujian itu.,..JANGAN!!!tak baik!!sedangkan kita yang mencari kesusahan itu sendiri,kita nak menuding jari ke orang lain pulak...mungkin ada amal ibadah kita yang kurang,mungkin kita jauh dengan Dia...mungkin kita ada lakukan apa yang dilarang,..nah,,di situlah ujian ini datang untuk mengingatkan kita betapa kita lupa pada Allah..

return to Allah is the best way to solve your problem.

saya pegang kata2 ini..:-

"Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup,tetapkan hatimu dan bersangka baiklah(husnuzzon) pada Allah s.w.t.Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu.Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya"

apabila terjadinya sesuatu,secara fitrahnya,manusia itu akan kembali kepada Tuhannya.sedangkan orang yang bukan Islam juga akan menyebut "oh my god".Kita sebagai orang Islam perlulah kembali kepada Allah,dekat denganNya.

apabila dirimu di uji,Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan.Wahai orang2 yang dikasihi Allah,ingatlah,setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan,Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu.
Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan,redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran hunuzzonnya engkau pada Allah s.w.t.

As-sobru(patient) is the most important thing!

"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka.Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram"

(Surah Ar-Rad : 28)
"buat sahabat ku yang membaca tulisan ini,aku bukan memarahimu,tidak sekali terniat di dalam hati,tetapi,jujur hati ini mengingatkan diri mu juga diriku agar ikhlas dan redha menerima ujian dariNya.Kerana Allah Maha Mengetahui isi hati mu."

wassalam. :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Pemergian Insan Tersayang,,

Bismillah..Assalamualaikum! :)
sehat semua??erm..semoga kawan2 semua sihat wal afiat bersama keluarga tersayang...
baru2 ni,pada 16 Februari 2012 hari khamis..ayah sahabat ana,Jasmira telah kembali ke rahmatullah..kerana sakit jantung yang dialaminya menyerang kembali dirinya...ana dan beberapa orang sahabat ana yang lain,Erra dan Izzati datang rumah Jasmira untuk bertanyakan khabarnya,,,,dan kami harap kedatangan kami dapat mengubat sedikit kesedihan di hati...Jasmira!u have to be strong!!be patient with what had happen,because everything happen in this world have reason in it.. :)

Kitorang mungkin tak rasa apa yang Jasmira rasa,tapi,kami harap sgt Jasmira dpt bersabar. :)

kematian itu dapat menginsafkan kita yang masih hidup..

sama2 kita renungkan sedikit perkongsian di bawah :




Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu” 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”. 


 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya"

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Thursday, February 16, 2012

kias cinta



Seandainya dunia tiada warna
Tetap kan ku kagumi
Indah maya alam ciptaannya
Kudratnya ku agungi

Namun jalin warna
Zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatnya
Ku pasti...

Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa
Kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita
Atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka
Anugerah darinya

Hanyalah cintanya
Yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun dia maha mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji
Naluri...

Tak akan ku persia
Limpah rahmat yang esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihnya

Moga tak diuji
Asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha illahi
Kerna segala kurnia
Hadirnya hanya pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia..



Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

for-you


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Wednesday, February 8, 2012

Tuesday, February 7, 2012

Luahan Hati Wanita Pencinta Rasulullah



Hati ini cuma hati seorang wanita biasa, tak sekuat wanita-wanita pillihan Allah yang dah dijanjikan 
menjadi ahli syurga atas dugaan-dugaan yang mereka hadapi.. Diri ini tetap terluka dalam kekuatan 
demi kekuatan yang cuba dicari.. Demi ALLAH, aku amat merindui lelaki seindah Rasulullah 
s.a.w.. Masih ada ke lelaki di dunia yang mampu mencerminkan diri walau 1% seperti Kekasih 
Allah ini?


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, February 6, 2012

Dress for??



Assalamualaikum kawan2.heee ^_^
okey.hari ni ana nak berkongsi sedikit ilmu yang pernah ana pelajari dalam hidup.hee
iaitu tentang cara berpakaian menurut Islam.kawan2 tahu tak kita berpakaian ni untuk siapa kalau bukan kerana Allah ta'ala.Dengan niat itu,kita memakai pakaian itu dikira ibadah.apa2 jua pekerjaan yang dilakukan kerana Allah akan menjadi ibadah.
Firman Allah SWT yang bermaksud; “Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

maka,Rasulullah merupakan contoh terbaik dalam hidup kita.
Rasulullah SAW sendiri dalam segala segi manjadi rujukan dan ikutan setiap umat Islam yang komited dan istiqamah dengan suruhan agama, maka mereka turut meniru dan membudayakan setiap amalan dan tindakan termasuklah cara Rasulullah SAW berpakaian dalam hidup mereka. Itulah yang melambangkan imej dan syiar Islam sehinggakan keperibadian seseorang hamba itu turut dinilai melalui cara mereka berpakaian.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud; “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

so,remember that Dress for Allah! :)
then it'll be ibadah.

syukran for reading.ilalliqa'
wassalam.


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Muhammad s.a.w


Inspired by Muhammad

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Saturday, February 4, 2012

Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah SAW

Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap 'lepas'?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam."

Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, "Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati." Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang Maha Besar.'
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 'subhanallah wa bihamdihi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

artikel iluvislam-

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

rindunya tak terkira... (>_<)

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.



Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Rindunyerrrrrrrrrr pada Rasulullah!!!!!>_<
sahabat semua,tidakkah kita merasa apa2 dengan ucapan baginda yg sungguh merindukan kita?
renung2kan dan selamat beramal.
iilalliqa'
wassalam.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Wednesday, February 1, 2012

Siapakah?

✿~ Siapakah wanita cantik itu ?

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .

~> Jadilah wanita cantik itu :)

✿~ Siapakah lelaki idaman wanita itu ?

✔ Yang menghormati ibunya,
✔ Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya,
✔ Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
✔ Yang akan mendidika isteri dan anak-anak mendalami islam,
✔ Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,

~> Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju ke akhirat :)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)