Wednesday, December 7, 2011

(^_^)

Assalamualaikum..hai kawan2!!(^______^)
erm...hari ni nak story sedih2 sikit...hee....
tak de lah...saye ok saje!!
"Cintailah kekasihmu sekadarnya saja,siapa tahu nanti akan jadi musuhmu.Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja,siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu."
Ali bin Abi Talib

ya Allah,berikanlah kekuatan hati ini...




Satu pesanku, aku redha menerimamu selagi engkau berpaksikan Allah dan rasulullah, menggenggam erat kitabullah dan sunnah banginda, dan mampu membimbingku melepasi titian sirat insya Allah.... Suka aku mengingatimu, aku hanya insan biasa yang sering lupa dan alpa, maka jika aku yang salah, diammu takkan membuahkan jalan keluar, kerana aku tidak mengerti tanpa penjelasan. Jika aku yang lalai, maka aku mohon, bicaralah denganku untuk mengingatiku. Jika aku khilaf, berbicaralah dengan hatimu untuk meluruskanku...

Sayang
Jika kau mencintaiku
Cintailah aku tanpa melihat siapa aku di masa lalu
Tapi lihatlah aku di masa sekarang
Kerana aku adalah manusia biasa
Yang jauh dari kata sempurna
Yang tanpa sadar pernah melakukan kesalahan

Sayang
Aku hanya ingin engkau cintai aku seadanya
Jangan cintai aku kerana rupaku
Tapi cintailah aku kerana agamaku

Andaikan engkau tahu
Keinginan terbesarku adalah menjadi halal untukmu
Halal untuk engkau kecup keningku
Halal untuk engkau sentuh tanganku
Bersama-sama kita mengarungi pahit manisnya hidup ini
Bersama-sama kita membangun sebuah hidup yang bahagia
Kerana cinta yang aku punya adalah cinta yang suci
Dan tulus aku berikan untukmu

Aku amat mencintai dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku
Siang malam ku merinduimu sayang
Percayalah, sayang dan cintaku hanya untukmu
Kerana cintaku adalah cinta yang suci
Dan tulus ikhlas aku berikan untukmu sayangku....

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)