Friday, September 16, 2011

Aku mencintaimu kerana Agamamu...


Cinta yang bertandang di lubuk hati setiap insan itu fitrah yg merupakan anugerah dari Sang Maha Pencinta. Hakikatnya asal kejadian cinta itu bersih dan suci,tetapi malangnya ia cemari oleh debu2 maksiat yang dicipta oleh manusia sendiri. Terkadang ana berfikir sendiri untuk apa menikmati cinta sebelum berkahwin? bimbang ia menjadi tawar dan hambar. Bukankah itu menghilangkan barakah dan kemanisan di alam rumah tangga kelak.Jika ditanya pada setiap orang tentang impian masing2 dalam membina rumahtangga jawapan yang diterima pasti adalah ingin membina "baitul muslim". Ana sendiri impikan sebuah baitul muslim sebagai wasilah untuk peningkatan hidup juga mampu memberikan sesuatu yg bermanfaat kepada agama. Tetapi bagaimana untuk membina baitul muslim andai di permulaannya sudah dicemari. Barakah yang Allah s.w.t janjikan itu hanya ada buat ikatan yang terpelihara.

 Untuk itu wahai para mujahid dan mujahidah, jika kalian belum berkahwin, kejarlah Allah s.w.t sebelum mengejar cinta adam dan hawa. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar yang tidak diredhai Allah. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu. Peliharalah kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki. Andai dirimu jatuh cinta kuatkanlah prinsip dirimu dengan hadis ini:
"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid."
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)
 Seorang penyair arab berkata tentang bahana cinta:
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi.
 Berikanlah cintamu pada yang layak menerimanya. Cintai dia kerana agama pada dirinya kerana itu jaminan bahagia buatmu dunia dan akhirat. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu."
Inilah ukuran yang diajar oleh Rasulullah SAW. Berbahagialah dirimu dan semoga dirimu dicintai Tuhan..



"Aku mencintaimu kerana agamamu.
Jika hilang agamamu dari dirimu,
maka hilanglah cintaku padamu."
(Imam al-Nawawi)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)