Monday, August 15, 2011

Let's Be Happy!(^__^)



Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Sedikit Confuse...(T_T)

Setelah apa yang jadi semalam...dia tak pernah serius kot dgn apa yg dia ckp...i don't know...hehe...saya kot yang salah...sbb salah anggap...mungkin dia tak faham apa yang saya rasa....saya langsung tak salahkan dia...biarlah dia tak taw apa yg saya fikir..almost thousands of my tears come out from my eyes...(actually tak kira pun berapa titis air mata yg jatuh..)

Ya Allah...rasa macam ana jauh sgt dari Mu...hmmmmmm.....walau apa pun..ana tahu Allah sentiasa ada...ana akan cuba untuk kembali dekat dengan Mu.... (^___^)


dalam sibuk mencari ilmu Allah yang begitu luas ni...ujian datang silih berganti...ya,maybe this is one of the test for me....thank you Allah...

"I learnt that love can come from everywhere,,,but the truth love can come only from You....."
" Doaku…Harapanku…Pintaku dengan harap…Harap dengan sgt.Penuh rendah diri sebagai hambamu......Kurniakan aku masjid yg sempurna...Dgn jodoh yg baik-baik,Penuhi pertemuan dan perpisahannya,Dgn iman, nur & rahmatmu.Biar jodohku itu.Buatkan aku dekat padamu.Ya Allah
Biar jodohku itu,Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku,Biar jodohku itu.Buatkan aku lebih mencintaimu...........
Lebih dari segalanya Ya Tuhan,Ya Allah,
Amin..."
apa yang perlu difokuskan sekarang ni...nak cari dan cari dan terus mendapatkan cinta Allah...nak berjaya dalam SPM..nk buat mama abah happy...erm..ok...ilalliqa'...

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Cinta Halalku......



Beberapa bulan ni semuanya serba tak kena... Semuanya gara-gara terkena tempias cinta yang tidak mengikut fitrah. Serupa dengan lirik lagu tersebut yang jika silap penghayatan, bakal menghalalkan yang haram dek kerana cinta.

Cinta yang sepatutnya suci dan bersih mungkin dicemari unsur-unsur fitnah.
Umpama langit yang kelihatan cerah, namun hakikatnya angin kencang tidak kelihatan oleh pandangan mata kasar. Aku terpukul dan hampir-hampir saja aku gagal menamatkan pengajianku dek kekusutan yang timbul.


Manakan tidak, hatiku sayu dan aku rasa dikhianati oleh insan yang paling ku percayai sejak kami disatukan. Aku buntu... terasa seperti tiada tempat untuk ku meluahkan perasaan dan meminta pendapat semata-mata demi menjaga maruah cinta halalku, sedangkan aku amat memerlukan sokongan ketika itu.

Namun aku bersyukur, aku masih mengingati Allah... dan dengan takdir-Nya juga, aku semakin hampir dengan-Nya. Melalui laman sesawang juga aku terjumpa banyak tulisan-tulisan yang membantuku membina kekuatan, mengubati hati dan yang penting sekali bermuhasabah diri!
Dugaan yang mendatang membuatkan aku banyak berfikir bagi membetulkan diri. Mungkin aku tidak menyedari yang selama ini aku juga melakukan kesilapan dan aku leka dengan nikmat dunia yang Allah kurniakan dan meletakkan cinta (nota: cinta halal, ye!) pada makhluk lebih tinggi daripada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, tidak seperti yang selalu dilafaz di bibir.

Dan mungkin juga kerana selama ini aku kerap bangga pada diri sendiri, kerana terus-terang selama ini aku rasakan diri aku kuat untuk menyelesaikan bebanan kerja, kerenah rakan sekerja ataupun tekanan pengajian biasanya tidak bisa membuatkan aku mengalah.

Nah, rasakan... ada juga kelemahan diri yang tidak pernah aku sedari sebelum ini. Begitu halusnya cara Allah... Subhanallah!

"Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. " (Surah al-Ra'd 13: 28)

Berpegang kepada ayat di atas, aku mengadu masalahku kepada-Nya. Alhamdulillah, aku yakin Allah mendengar doaku setiap kali selesai solat.  Syukur, angin kencang kini reda dan jiwaku semakin tenang.
Tenang kerana kini aku menyerahkan semua urusan kepada Allah... Yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah tetap memberikan yang terbaik buatku.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah, ayat 286)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah : 216)

Dan aku semakin matang dan faham tentang banyak perkara.Insya-Allah dengan izin-Nya akan ku bina kekuatan untuk mengharungi liku-liku hidup... dan untuk beberapa bulan terakhir ini, untuk menamatkan pembelajaran dan menggenggam segulung lagi ijazah kejayaan , insya-Allah!
Buat cinta halalku, terima kasih kerana dikau masih menghargaiku dan terus memberikan sokongan kepadaku. Namun besarlah harapanku agar kau sucikanlah cintamu... kerana cinta dari Allah itu fitrah. Semoga Allah melindungi kita dari membuat fitnah sama ada secara sedar, atau sebaliknya. Amin...

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)