Sunday, July 31, 2011

ENCIK RAMADHAN LAGI!!...(^_^)

Assalamualaikum...hai korang!!!:)
encik ramadhan dtg lagi....hehe
ok...ape perasann korang sume???
best tak?best kan?kan3?heeeeeee



alhamdulillah...sronok sgt apabila tibanya bulan ramadhan..
kenapa??
sebabnya bulan ramadhan ni bulan ibadah..dan banyak kelebihan 
bulan RAMADHAN ni...iaitu :

1.Ramadhan bulan ibadah
2.bulan kerahmatan dan keampunan
3.para malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda
4.ramadhan bulan berpuasa (of couse la...cape tak poce,xleh dpt duit raye..hehe)
5.bulan kesabaran dan keinsafan
6.lapar dan dahaga mendidik jiwa,menundukkan nafsu ,mengawal indera


7.Pintu syurga dibukakan & ditutup pintu neraka
8.dibelenggu syaitan yang durjana..:)



9.dihentikan azab di pusara

best kan kalau semua orang tahu tentang kelebihan bulan RAMADHAN ni..
pastinya ramai yang akan bergegas dan merebut peluang yang ada
untuk top up amalan byk2.....
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Cik A :"oh,camtu...aku nk solat sunat byk2 la..."
Cik A :"aku nk cuba pakai tudung la.."
Cik A : "tak nak mengumpat la"
CIK B : biar betul???
Cik A :"ye la...lps bulan ramadhan nnti tak dpt nak buat dah..."

EH...KEJAP2!!

tapi kawan2...siapa kata lepas bulan ramadhan kita tak dpt 
nak buat semua tu...???siapa kata?
boleh laa...dan seeloknya istiqamah dgn apa yang kita lakukan 
dalam bulan ramadhan tu dalam bulan-bulan yang lain....
istiqamah tu bermaksud berterusan melaksanakan perintah Allah...
ianya sangat3 dituntut....(^_^)
okeyh??


Bulan Ramadhan juga adalah satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam Al-Quran. 
Bulan-bulan lain tidak pernah disebut dalam Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan, malahan kitab Samawi yang lain seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan.




Pada bulan Ramadhan, syaitan-syaitan diikat. Isu syaitan diikat ini pun ada beberapa perselisihan pendapat ulama.  Terdapat dua pendapat tentang syaitan diikat.
  • Syaitan diikat secara fizikal. Ini bermakna syaitan dibelenggu dan memang tidak dapat berkeliaran.
  • Syaitan dilemahkan, dan perkataan ikat itu sebagai sindiran kepada syaitan di mana syaitan terhalang dari mengganggu orang yang beriman.
Berkaitan pendapat pertama, 
ada pertanyaan jika syaitan diikat secara fizikal,
mengapa orang masih berbuat jahat?

Kata ustaz, 

"hati itu ibarat tempat pembakar roti canai dan syaitan itu api.
Setelah lama memanaskan pembakar roti itu, 
meskipun api sudah dipadamkan namun tempat 
pembakar roti canai itu masih panas. 
Sama juga halnya dalam keadaan ini. 
Setelah 11 bulan syaitan membakar hati, 
1 bulan masih terasa panasnya meskipun syaitan dibelenggu."(^_^)


Di bulan Ramadhan, amalan dilipat gandakan. 
Pada bulan Ramadhan, pahala amalan bagi perkara sunat ialah pahala sunat+pahala wajib. 
Manakala pahala amalan bagi perkara wajib ialah 70 kali ganda dari bulan-bulan yang lain. 
Namun begitu, pahala amalan di Masjidil Haram dan sekitarnya ialah 100,000 kali ganda.
Masjidil Haram dan sekitarnya adalah satu-satunya tempat di mana umat Islam
dapat bersolat tanpa had. Selepas Asar pun boleh solat sunat, tidak seperti tempat lain di mana ia diharamkan.
best kan kawan2??


tengok betapa saynagnya Allah pada kita...Dia anugerahkan 
satu bulan yang mana amalan yang kita lakukan 
dilipatgandakan pahalanya...
jadi TIADA SEBAB untuk kita tidak sayang pada ALLAH...
sayang Allah kan??
cik doktor pun sayang Allah...

ok...sampai sini je kot..semoga bermanfaat..kalau salah betulkan ye...
ilalliqa'
renung2kan dan selamat beramal...heeee
wassalam....(^_^)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)