Wednesday, June 15, 2011

2 Hari sebelum debate...

salam...wah....memang penat...persiapan yang hanya tinggal 2 hari berapa jam entah...wallahua'alam....
hari ini latih satu hari...memang satu hari penuh....mulai hari ini saya belajar untuk menulis blog dengan perkataan yang penuh kerana salah satu tajuk debat adalah "Bahasa SMS merosakkan bahasa kebangsaan".


Ahli-ahli debat :
1.Sofiuddin bin Khalid
2.Zariq
3.Nazri Syahidan
4.Nur Nabilah ( saya lah ni )

Ahli-ahli debat telah pun berasa gelabah...hehe...kerana menyesal tidak berbincang langsung pada cuti 2 minggu lepas.(^_^)
Sofi hanya mampu tersenyum.
Zariq berkata "wei,janganlah cuak.relax je."
Nazri juga hanya mampu tersenyum.
Nabilah senyum dan berkata " ok! " (^_^)

Kami akan berusaha semaksima mungkin untuk mendapatkan tempat yang pertama.KAMI NAK PERGI UMRAH!!!heeee...apa-apa pun mestilah untuk mendapatkan keredhaan Allah,ilmu dan pengalaman.Insya-Allah.

harap kawan semua mendoakan kejayaan SMKA Simpang Lima dalam musabaqah kali ini.

semoga Allah membantu kami.(^_^)

pepatah Dr.Nabila untuk hari ini :

Semalam,hari ini dan esok tidak akan sama.Berusahalah selagi peluang masih ada.Allah kan ada..:)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)