Friday, June 3, 2011

The Best of Sinners are Those Who REPENT...


Siapa Sangka Si Pendosa itu Kembali Pada Tuhannya?



Bismillah..

Dulu pernah jauh dari Tuhan,
dulu pernah bergelumang dengan dosa maksiat,
dulu pernah leka dengan kehidupan dunia tanpa takut dengan azab akhirat,
dulu pernah merangkak untuk membaca ayat-ayat cinta Allah..
dulu pernah bangga menayangkan auratnya..

Sampai satu hari,
terduduk termengah tidak mahu berlari lagi.
penat katanya.
sedangkan dia tidak tahu di situlah dia akan bermula.
"wamakaru wamakarallah wallahu khairulmaakirin"

Allahu waliyyul ladziina aamanu yukhrijuhum minazzulumaati ilannur (2:257)
-Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(iman).

Dia tidak menyangka,
Allah masih melihatnya,
Allah masih mahukannya,
Allah masih tidak meninggalkannya,
betapa ketika itu dia tidak sanggup untuk mengangkat mukanya dalam doa.
malu!

Saat suatu waktu dia menerima suatu ujian hati dirobak rabik,
tapi pelik,
dia tidak menangis kerana kehilangan manusia itu,
dia tidak rasa sedih meninggalkan cinta itu,
terkilan cuma.

Dia cuma menangis selepas itu,
tapi bukan kerana hamba,
kerana Tuhannya.
kerana takutkan dosa-dosanya,
kerana mahu kembali mencari pahala,
kerana ingin mengenal Islam yang dipakainya,
di atas sejadah itu dia berteleku.
mula membuka helaian demi helaian Quran,
yang dahulu dia pernah meninggalkan,
dia mula merangkak untuk memaksa diri mengingat kembali,
mana satu dengung,mana satu ikhfa,mana satu tanwin,mana satu patut berhenti.

Malu dengan Allah,
malu dengan ibu ayah,
malu dengan adik-adik melihat kakaknya sebegini,
malu dengan guru yang  mengajarkan Al Quran,
dahulu dia memuji kelancaranku,
hari ini dia menangis melihat kegagapanku untuk menyebut kembali kalam-kalam itu.

Tapi dia gagahkan diri,
membaca walau selambat mana,
dia ingin menebus kejahilannya,
dia ingin keluar dari kepompong jahiliyyahnya,
dia ingin terus mencari hidayahNya,
kerana dia sudah dapat merasakan betapa Allah masih menyayanginya,
betapa Allah mahukan dia kembali padaNya.
Dia hargai sangat kelembutan sentuhan di hatinya,
yang sudah bertompok hitam dan kelabu,
dia tidak ingin lagi menambahkan tompok itu,
dia ingin sucikannya,
dia ingin membasuh debu bersarang,
supaya hati itu kembali bernafas dengan tenang,
dalam rahmat kasihNya.

Kemudian dia mendapat pengisian ruhi di suatu daurah yang dihadirinya,
di situlah perjalanannya bermula,
di situlah dia betul-betul yakin dengan jalan yang dipilihnya,
di situlah dia kenal sejarah dan apa tujuan penciptaannya,
Tarbiyyah.

Saat-saat sukar ditempuh,
mula berubah satu demi satu,
aurat kembali terlindung terjaga kerana ia tahu mahal nilainya,
disimpan elok-elok di dalam bekas yang tertutup.
ayat-ayat Quran mula lancar sedikit demi sedikit,
solat-solat yang dahulu sering dilengahkan kembali teratur,
dia mula untuk berlembut dalam bertutur,
mula berhikmah dalam berkata-kata,
mula merendahkan pandangan mata,
mula menjaga pergaulannya.

sedikit,dan semakin berubah.
sinis sindir dari sekeliling,
pandangan pelik dan kata-kata
sering kalinya dihadam seorang,
kerana dia diajar bahawa itu adalah resam dalam perjalanan tarbiyyah,
tidak sunyi dari tohmahan,
tidak lari dari umpatan dan kejian,
tidak kosong dari kata-kata yang kurang enak didengar.
tapi diri harus kuat.

harus menelan pahit dalam senyuman.
Tekad.


Dan kini dia yakin dia mahu menjadi seorang dai'e,
dia tekad tidak mahu kembali kepada jahiliyyahnya terdahulu.
dia bersyukur kerana berada dalam kalangan biatus solehah,
dia yakin Allah tidak mengaturkan semuanya sia-sia.
tumuhaat dari sekeliling buatkan dia terharu,
melihat sahabat-sahabat yang mahu di'bersih'kan hati
dan kembali pada Tuhan.

Melihat kembali kesan kaki yang ditinggalkan,
malu sendiri,kerana diri pernah berada dalam kegelapan itu.
tetapi kalau bukan kerana gelap itu,
dia tidak mungkin mengenal cahaya hari ini.
dia tidak mungkin mahu berada di padang rumput yang luas beserta langit membiru.
Biar dahulu halaman kertas hidupnya dipenuhi dengan tampalan dan contengan,
hari ini dia mahu mengangkat pena,
dan dengan senyuman dia mahu menulis,
Episod Satu: Tarbiyyah yang Bermula.

Jika suatu hari nanti dia harus meninggalkan bumi Saad Abi Waqas ini,
pasti dia berasa sedih dan berat hati,
bukan kerana dia begitu bahagia dan menikmati segala kemudahan di tempat ia belajar ini,
tidak,tapi dia berasa sedih dan berat hati,
kerana di sini tempat dia mengenal siapa Tuhannya,
kerana di sini dia mula mencari tujuan hidupnya,
kerana di sini juga dia peroleh manisnya ukhuwwah fillah,
yang pasti akan tersimpan kemas sehingga hujung nyawa.


"Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun,sedang Rasul Muhammad yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan,agar kamu tidak bersedih hati lagi terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu,dan Allah maha teliti akan apa yang kamu kerjakan.."
(Ali Imran 3:153)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)