Sunday, December 4, 2011

Al-Muhasabah

Assalamualaikum semua...!!!heee...
(^_^)
okeyh..hari ini nak kongsi sikit apa yang saya dengar di tv al-hijrah pagi tadi...madrasah akhlak kalau tak silap saya...
tajuknya tentang al-muhasabah....yang mana ertinya menghitung diri..






ha..ada satu kisah tentang Saad bin Abi Waqas yang datang menemui Rasulullah,bahawa dia telah berdosa dan dia takut tak dapat bersama Rasulullah di syurga nanti...Rasulullah pun menanyakan apakah dosa yang telah dilakukan itu...Saad bin Abi Waqas pun mengatakan bahawa sewaktu perjalanan tadi aku makan sebiji buah yang ada di tepi jalan yang aku tidak ketahui siapa pemiliknya,oleh kerana lapar,aku makan buah itu,setelah makan aku baru tersedar siapakah pemilik buah ini..aku takut tidak dapat bersamamu ya Rasulullah di syurga nanti kerana dosa ini..maka Rasulullah pun bersabda bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..


nah...betapa sucinya hati Saad Bin Abi Waqas yang kerana sebiji buah itu,beliau merasa sangat berdosa...sedangkan kita?ada yang makan satu tangkai,berapa kilogram la agaknya...hehe...
ini kerana sifat beliau yang segera muhasabah diri...nilai diri kita dahulu sebelum menilai orang lain okey?


sikap al-muhasabah ini jika tidak kita ta'akul dan 'go into it deeper',kita tak dapat mempelajari iktibar dari muhasabah itu dan tidak akan dapat menjadikan diri kita lebih baik...seperti solat,,,jika kita solat tanpa mengahayati solat itu sendiri,solat itu tidak akan dapat mencegah kita dari melakukan keji dan mungkar walaupun pada asalnya solat itu dapat mengawak tingkah laku kita,,orang kata "tak kenal maka tak cinta"..kan?


begitu juga dengan muhasabah...kita perlu betul2 muhasabah diri..bagaimana nak kekalkan momentum istiqamah dalam bermuhasabah ini?
ha..Islam dah gariskan panduan yang lengkap sebagaimana garis panduan untuk bertaubat iaitu :



Imam Ghazali berkata: Jika seseorang yang bertaubat melakukan sesuatu perbuatan dosa, sama ada dilakukan dengan sengaja kerana dorongan syahwat atau dilakukan tanpa disengajakan, maka wajib baginya segera bertaubat, menyesali perbuatan tersebut dan berusaha menghapuskannya dengan melakukan kebaikan.

ha...okey kawan2...semoga kita sucikan diri kita selalu..barulah senang nak beribadah kepada
Allah...kan3?
ok lah...nak ikut nafsu atau RasulNya?
pilihan di tangan kita...ilalliqa'
wassalam..
(^_^)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

No comments: