Saturday, November 26, 2011

Salam 1433 H...(^_^)

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”



DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.




Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, November 25, 2011

salam imtihan!!


SALAM IMTIHAN ...
(Khususan ila sahabat  yang disayangi fillah .. .. juga buat sahabat yang exam xkira dmana jua berada )

Ya Allah .. Sinarilah hari kami dengan petunjukMu, sebagaimana Engkau sinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Allah yang Maha Penyayang ..

Ya Allah .. kurniakan kepada kami fahaman para Nabi, hafazan para Rasul dan ilham para Malaikat yang dekat denganMu .. ameen

Apabila kamu telah berazam, maka tawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal (surah Ali Imran : 159)

" ALLAHUMMAJ 'ALNA MINANNAAJIHIN WAL FAAIZIN FI  
                                           KULLI IMTIHAN FI DUNIA WAL AKHIRAT ..."

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Artikel Iluvislam...


"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.
Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.
"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.
"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"
"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."
"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"
"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".
"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"
************************
Dilema?
Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?
ATAU
Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?
ATAU
Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?
**********************
Apa pilihannya? Keliru?
Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.
Apa yang penting?
Kesucian jiwa. 
"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)
Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.
Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.
***********************
Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Wednesday, November 23, 2011

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??


Adakah Cinta Memerlukan Sebab??



orangtimur menulis "Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, November 22, 2011

Nama saya R.A.I.N


Assalamualaikum kwan2..heeeeeeee..(^_^)
best tak tajuk tu?teringat pulak iklan pelakon korea Rain tu...hehe
actually,nak cakap pasal hujan lah..bukan Rain pelakon korea tu...tak minat sangat la dengan korea2 ni..hehe
(mintak maaf ye peminat2 korea)

erm...pernah tak dengar orang cakap "hujan ni rahmat"?pernah kan..ha...kenapa hujan ni dikatakan rahmat?
jom kita tengok jom...:)

1. Sebab adanya rezki.Sebagaimana yang Allah Ta’ala sebutkan dalam surah Al-Baqarah :

وأنزل من السماء ماءً فأخرج به من الثمرات رزقاً لكم


“Dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menumbuhkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untuk kalian.” (QS. Al-Baqarah: 22)

2. Hidupnya bumi.
Allah Ta’ala berfirman:

وما أنزل الله من السماء من ماء فأحيا به الأرض بعد موتها

“Dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya.” (QS. Al-Baqarah: 164)

3. Sebagai penyuci dalam thaharah.
Allah Ta’ala berfirman:

وينزل عليكم من السماء ماء ليطهركم به

“Dan Dia menurunkan kepada kalian hujan dari langit untuk mensucikan kalian dengan hujan itu.” (QS. Al-Anfal: 11)
000000
4. Untuk dikongsi oleh makhluk hidup di bumi.
Allah Ta’ala berfirman:

هو الذي أنزل من السماء ماءً لكم منه شرابٌ ومنه شجرٌ فيه تُسيمون

“Dialah Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kalian, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kalian mengembalakan ternak kalian.” (QS. An-Nahl: 10)





ha...semua ni kan tanda rahmat Allah pada kita...kasih sayang Allah yang begitu luas...special tak kita sebab diberi nikmat hujan oleh Allah..thank you Allah...(^_^)


ni sekarang ni tengah hujan la ni...best je...sejuk je..kan3?hehe
time hujan ni kita mesti byk berzikir dan ada doa2 khusus ketika hujan....jom kita tengok lagi jom..


1. Berdoa ketika melihat hujan
Apabila kita melihat hujan sedang turun, maka disyariatkan untuk membaca doa:

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Ya Allah, (jadikanlah) hujan ini adalah hujan yang bermanfaat.

2. Berdoa apabila air hujan turun dengan sangat banyak
Apabila air hujan yang turun terlihat banyak dan dikhawatirkan akan merosak apa yang dikenainya, maka disunnahkan untuk membaca doa :

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Ya Allah, jadikanlah hujan ini untuk sekeliling kami dan tidak membahayakan kami. Ya Allah, jadikanlah air hujan ini merata menuju perbukitan, lembah-lembah dan tempat-tempat tumbuhnya pepohonan. (HR. al-Bukhari, 933, dan Muslim, no. 897)

3. Berdoa setelah turun hujan
Apabila kita mendapatkan bahwa hujan telah reda, maka disunnahkan untuk membaca doa :

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ

Kita diberi hujan dengan karunia Allah dan rahmat-Nya.

4. Ketika Terdengar Petir.
Ketika kita mendengar petir, maka disunnahkan berdoa dengan doa berikut :

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

Maha Suci Dzat yang mana petir itu bertasbih dengan memuji-Nya dan para malaikat karena takut kepada-Nya.




Semoga kita termasuk orang-orang yang mendapat ketenangan hati dengan berdzikir.
ha...hujan ni adalah satu nikmat sebenarnya...ia akan jadi musibah bila kita tidak menjadi hambaNya yang bersyukur..syukurlah kita kerana mengenal Islam dan hidup dalam suasana yang aman di Malaysia...ini semua kerana rahmat Ilahi...

ok lah...ilalliqa'
wassalam...

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, November 21, 2011

Is It Strange?

 
Ganjilkah Gadis melayu.....

berniqab?

menutup aurat sepenuhnya?

melabuhkan tudung menutupi dada mereka?

mengenakan pakaian longgar dan besar?

malu untuk keluar bersama bukan mahram?

pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut?

pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang?

meninggalkan orang yang sdg gosip dan mengata orang lain walaupun yang

sedang mengata itu kawan baiknya?

tidak mengenakan mekap berlebihan?

tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain?

tak ‘couple’ sebelum nikah?

tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama?

ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing & ganjil.& ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing & ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil.” - [H.R. Muslim]

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, November 18, 2011

belajar kerana DIA..

Bismillah...ha....sempena exam yang sedang berjalan ni,pernah tak terfikir ujian yang kita hadapi ini adakah kerana si dia atau DIA???adakah kita belajar untuk exam semata-mata?ha....pernah terfikir tak??jeng3...hihihi..
bukan apa...kadang2 kita tak dapat kejayaan tu bukan sebab kita tak usaha..mungkin niat kita tu kurang betul dan tidak berada di tempat yang sepatutnya...kan3??(^_^)



kita belajar kerana siapa kalau bukan kerana DIA...
Siapakah gerangan DIA itu..???
ha...siapa lagi kalau bukan Allah yang Maha Kuasa..

memang senang untuk dilafazkan pada bibir dan kata2 bahawa

"saya belajar kerana Allah"

tapi...orang kata mulut kata lain hati cakap lain...walau apa pun sebagai hambaNya yang dhoif,kita perlu usaha untuk mendapatkan redha Ilahi...kita serahkan hanya pada Allah...kita perlu betulkan niat..
belajar kerana Allah..lakukan apa2 pun kerana Allah..
ha...dengan tu la pekerjaan yang kita lakukan dikira ibadah...
seronok kan..?
tak de lah belajar jadi sia-sia sebab salah niat...

apabila kita lakukannya kerana Allah...
apa pun yang jadi,kita pasti redha...sebab bila kita ikhlaskan hati untuk belajar kerana Allah
insyaAllah,kita akan dapat ikhlas menerima apa pun keputusannya..
sebab bila kita lafazkan
توكلت على الله 
means kita dah serahkan pada ALLAH...
jadi,kenapa kita perlu kecewa dan sedih atas apa yang kita terima???
kan Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...

so nye jangan rasa ptus asa dan kecewa....
gagal sekali bukan bererti gagal selamanya....
kurang berjaya di SPM bukan bermakna gagal dalam hidup pun...
yang penting keikhlasan belajar tu..
Mama ada pesan pada bila,,supaya belajar tu biarlah kerana Allah
sebabnya dengan itu kita terima je walau apa pun rezeki yang diberi...

kerana walau sekecil mana pun rezeki yang kita dapat,
tapi,sebenarnya ia adalah rezeki yang sangat besar
yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya...
dan hanya Dia yang Maha Pemberi Rezeki...
kiranya kita adalah orang yang dipilih ALLAH untuk diberikan rezeki tu..
jangan pernah mengeluh...
sentiasa optimis dengan Allah!
(^_______________^)

OK...itu saje...ingat!belajar kerana Allah...
ilalliqa'
wassalam....

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Sunday, November 13, 2011

Sunday, November 6, 2011

sorryyyyy sangat keyh...


ha...kawan2 semua....
akhir2 ni ana terlalu busy...
sbb...
dah nak spm...
so nye...trlalu byk homework...tusyen lagi..
sampai tak smpat nk post ape2..
hehe...

so..post kali ini...adalah untuk 
membuat sedikit announcement..
ha,..dengar sini orang2 kampung...hee...

First,ana nak ucapkan salam aidiladha buat
semua kawan2...
semoga aidiladha ini mengingatkan kita 
tentang kisah yang berlaku kepada
Nabi Ibrahim alaihissalam...
dan anaknya Nabi Ismail alaihissalam....

erm...then,second
ana @ cik bila @ cik doktor
nak memohon ribuan kemaafan
dari semua sahabat...
yang mana kata2 ana ke 
perbuatan ana ke...
post di blog ini ke..
yg telah menyakitkan hati korang..

sorry sangat2 keyh...
(^_^)

doakan ana dipermudahkan menjawab spm tahun ini..
buat kwan2 di sliss...
kite buat yg trbaik keyh..
insyaAllah...

ingat ALLAH,semua jadi mudah...
amin....

syukran jugak buat cikgu2...
yang penat ajar saye..(^_^)
maceh cikgu!!!

ok lah...mungkin itu je kot...
ilalliqa'
wassalam....

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, November 4, 2011