Saturday, October 29, 2011

siapalah aku,lemahnya aku...TanpaMu...




Ya Allah...siapalah aku yang ingin melawan takdirMu...
siapalah aku yang ingin berlagak hebat...
siapalah aku yang berlagak tabah tanpa Mu...
tatkala hati ini jatuh,lalu ku bangkit,
tatkala ku bangkit,hati ini jatuh lagi...
adakah aku masih ingat padaMu??

Ya Allah,lemahnya aku,kerdilnya aku,
sehinggakan aku tidak boleh ungkapkan
betapa kerdilnya diri ini...
di bawah langit Mu,ku lihat,begitu luas,
tetapi aku hanya melihat...
tetapi,tidak memikirkan....



Ya Allah,tatkala hati ini lelah...
ku berfikir,
andai saja dapat ku ambil hati ini,
akan ku basuh sesuci hati kekasihMu,
tetapi,
adakah aku mampu??

Ya Allah,,,sesungguhnya,
membuka mata sahaja aku tidak mampu,
jika tanpa izin dari Mu,
inikan pula aku ingin mengharungi badai ini sendirian,??

aku manusia yang sentiasa lupa akan hadir Mu.
di setiap langkah ku,...
hati ini sering berjaya dan sring tewas,
tetapi kali ini akan ku pastikan,
HATI ini jatuh bukan di tempat yang sama!



akan ku balut hati ini dengan zikrullah,
akan ku rawat hati ini dengan mujahadah,
akan ku jaga hati ini dengan istiqamah,
akan ku lakukan ini kerana

Siapalah aku tanpaMu,
Lemahnya aku tanpaMu,
TanpaMu,ku lemah dan tiada apa-apa...
Mohonlah hanya pada Allah!(^__^)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

No comments: