Tuesday, May 31, 2011

haih....ujian2...

Assalamualaikum....first sekali nak ucap thanks dekat ustazah fitri...thanks sbb share artikel ni....best sgt.....sbb tgh dilanda ujian la ni....kenapa lah seseorang tu boleh fitnah saya yg mcm2....dia kata saya nk putuskan hbungan prsahabatan dgn dia???saya tak penah ckp mcm tu,,,,,tolonglah...saya minta tolong sgt....kalau betul saya ckp mcm tu....tolong tampil bawak bukti2 yg saya cakap macam tu...kalau xde..jgn nk buat cerita....ok?saya tak kata nak putuskan hubungan persahabatan pun...saya tak mesej awak,itu hak saya...apa masalah nya ea??awak perlukan bantuan dan didikan??carik la ustaz2 lain...kenapa saya?saya kan x berapa pandai agama sampai awak tuduh saya nak putuskan hubungan persahabatan dgn awk..tak gitu?saya pun tak faham....awak mendesak saya..awak terlalu memaksa...kenapa?saya tak faham....saya still anggap awak kawan saya...cuma salah ke kalau kita tak berhubungan melalui telefon dan sebagainya....??salah ye?apa yang penting sgt untuk awak contact saya???ada apa2 yg pntg???tolonglah fikir baik2...








Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.



Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.


 Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak 
mungkin bisa hidup berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik...(^_^)


ilalliqa'
wassalam

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, May 27, 2011

Maaf,ini adalah yang terbaik..


Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.


"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?"
Aku berfikir sejenak.
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini. Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi kehadirannya dalam hidupku mengubah segalanya. Aku yakin, dia adalah untukku. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini... Hatiku berkata. Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku.
Si dia: Saya baca link yang awak share tu..
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.
Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...
Ya Allah... Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."
Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Aku ada pernah terbaca...
".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.
"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."
Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Saturday, May 21, 2011

Ujian....♥

Assalamualaikum...gud morning everyone....erm...baru2 ni byk ujian dtg....biaselah....kita semua manusia,...x terlepas dari ujian,...Allah beri kita ujian....untuk uji kita sama ada kita kuat....atau kita lemah....sama ada kita ingat Allah atau lupa Allah....ia juga tanda Allah kasih dengan kita....seperti dalam hadis :


“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” 


(Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)


ini adalah 5 ujian Allah sebagai tanda Allah mencintai kita...(^_^)



تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك

Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.


وما أخذ منك إلا ليعطيك

Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.


وما أبكاك إلا ليضحكك

 Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.


وما حرمك إلا ليتفضل عليك

Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.


وما ابتلاك إلا لأنه يحبك

Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.


جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه

Semua mereka yang menerima  bala atau  ujian  Allah SWT,  Allah SWT  akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :
"Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku."

♥♥♥Saya masih bersabar,,,mungkin ujian buat KITA(z & n) kot....(^_^)



pening fikir masalah dekat sekolah..
lepas tu...tiba2 je org tu dtg....ckp tu ckp ini....tapi...kan 'orang tu' dah ckp...ingat Allah,semua jadi senang...okeyh!insyaALLAH....thank you Allah...
this smile juz for u (^_^)
wassalam....ilalliqa'

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Thursday, May 19, 2011

Ayat Cinta kepada Kekasih....


Biarpun ayat-ayat cinta itu sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh,
Cinta itu tetap Segar Mekar dan Semakin Dalam,
Cinta itu yang Kau beri,
Cinta itu dengan Hati, Sanubari, Rohani & Jasmani,
Dengan Cinta Datangnya Sabar,
Orang Bercinta tiada Gusar,
Apa berlaku hanyalah Mata Kasar,
Mata hati tetap berkobar-kobar.
Dengan Cinta tiada Was-Was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, diri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.
Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung,
Juga Rasa Mahu Bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga
Dengan Cinta datang pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
Sungguh indah Hidup Bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.
Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang Zaman,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan.
Dengan Cinta penuh Pengharapan,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam Persiapan,
Sampai waktu, akan disemadikan.
Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak.


Doa itu adalah Ayat-Ayat Cinta kita Kepada Pencipta, Allah Swt. Semoga Cinta Kita Terus Mekar Mewangi.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Ali-Imran 3:  Ayat ke 31)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Wednesday, May 18, 2011

Juz A Simple One...HIDAYAH!

Bismillah...hurm..today jawab exam pqs,sivik and pjk....
eh...lupe...kate Sofiuddin kena cakap arab....tapi...takut u all x faham nnti...hehe....
ok2...xpe2...
hari ni KOKO..mcm beselah Rabu ptg...ada ceramah bersama ustaz Kamil...@ Ust.Kay..huhu
nama glamour tu...klau nk taw...gi fb dia..keyh?
best giler ah ustaz tu....syukran ustaz!!


byk bnde nk citer tentang hidayah yang perlu kita bawak balik dari majlis ilmu...yang sepatutnya kita bawak balik....tapi...xtaw la masa mengizinkan tak...ok..tak pe...let me tell u hidayah number ONE!..


Sebelum tu,kita mesti tahu apa maksud hidayah...hidayah ni adalah pimpinan dari Allah kepada hamba2 Nya yang dikehendaki oleh Nya sahaja...


Ini adalah hidayah yang sepatutnya kita bawa balik apabila kita pulang dari majlis ilmu....


1.HIDAYAH HADIR.....
Apabila kita hadir ke satu majlis ilmu....sebenarnya kita dah dapat HIDAYAH HADIR....kerana Allah telah pilih kita untuk hadir ke majlis ilmu tu untuk mendengar ilmu....waima rumah kita dekat dengan masjid,tak semestinya kita dapat hadir ke majlis ilmu tu if kita tidak dipilih Allah untuk dapat hidayah ni...betul tak???


2.HIDAYAH MENDENGAR
Bila kita dah duduk je kat majlis ilmu tu..kompem la ada yang mengantuk...yang terlalu khusyukk mendengar sampai terhantuk ke depan ke tepi....hehe...mengiakan kata ustaz sampai ke depan....hehehe....
so...bila kita dah duduk je kat majlis ilmu tu...sebenarnya kita dah dapat pahala dah...pahala tu akan lagi besar if kita mendengar apa yang ustaz tu ckp....ye tak??hehe...


erm..ok lah kawan...sampai sini je kot...wassalam,,,,,ilalliqa'...

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuesday, May 17, 2011

Para pencariMu


Today...juz the lyric of para pencariMu by ungu..
My favourite band...!(^_^)






Menjalani Hitam putih hidupku

membuatku mengerti, membuat ku mengerti

arti hadirmu dalam setiap langkah2 ku berarti

melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu

membuatku mengerti hanyalah padamu



kukembali...

ku bersujud kepadamu memohon ampunanmu


adakah jalan untukku tuk kembali padamu


akulah para pencarimu ya Allah


akulah yang merindukanmu ya rabbi

tunjukanku jalan yang lurus

tuk tetapkan langkahku


akulah para pencarimu ya Allah


akulah yang merindukanmu ya rabbi

hanya di tanganmu ya allah

tempat kupasrahkan hidupku





Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Sunday, May 15, 2011

Arabic Debate....

Assalamualaikum...erm...semalam jumpa abang abu hafiz....pendebat antarabangsa..anak melayu tu..banjar + jawa..hehe....
dia motivate kitorang semalam....cmne cara nk debate....act pendebat2 ni....mmg perlu byk membaca....byk bnde smlm yg ditanya kitorang x dpt jwb...
dia kata untuk jadi macam dia bukan satu benda yang senang..
apa2 pun nk senang mesti susah dulu..contoh..Rasulullah...sejarah Rasulullah bermula dgn susah...org tak terima,org buat jht kat Rasulullah...lagi hebat cabarannya...
so..if kita nk capai something tu....ingat bahawa cabaran yang Rasululah lalui dulu lagi hebat berbanding sekarang ni....
pendebat2 yang ada semalam...Sofiuddin...Zariq Mustaqim...Nazri...and ME!!
and ianya turut dihadiri oleh kak Nadiah (my sister ) and ... Nur Shafina (my cousin)...
we wish to win!!!hadiah dia pergi umrah...bestnyerrrrrrrrr!!!!!!teringin nak gi sane....
(^_^)


erm....exam mid year x hbs lagi....lagi seminggu nk habis....argh....nk cuti!!!
we want holiday!!!
haha...
SPM..SPM...SPM....yeah!!chayok2....nk ambik medic ..but perubatan dibekukan selama 5 tahun...bukan rezeki la kot....xpe lah....klau x dpt medic...dpt farmasi pun ok ape....mama teringin nk tgk ank dia jadi doktor,,,tapi...cmne ma??kos tu dibekukan...it's not fair..but...maybe something good inside it that we don't know could happen...who knows...right?(^_^)


juz follow the flow....(^_^)


erm....debate oh debate....and choral speaking!!!i'm taking part in that competition....but still confused...still worried if the time to practice overlapped between both of that competition...


but..like ma said
"Allah tu dah takdirkan segalanya cantik untuk kita....rezeki yang Dia bagi...terima..."


erm...you right ma....thanks!(^_^)


ok lah...sampai sini je kot...da..wassalam..ilalliqa'.......

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Thursday, May 12, 2011

Aku manusia Biasa...


Bukankah kita ini manusia biasa sahaja?
Manusia biasa.
M.a.n.u.s.i.a.
Bila dikatakan manusia, maka ia akan penuh dengan :
1) Kelemahan
2) Perasaan
3) kealpaan.
Kerana itu ia berbeza dengan malaikat.
Malaikat tiada perasaan. Malaikat tiada belas kasihan.Dan malaikat itu tidak lemah.
Pernah aku terasa down apabila seorang anak usrah aku, jatuh hormat padaku hanya kerana aku suka menyanyi di rumah. Mungkin gambaran kakak naqibah pada dirinya adalah akak yang sangat 'tsiqah' dan penuh kenaqibahan.
Pernah juga kebanyakan dari akhawat geram, mengapa ikhwah selalu memilih akhawat yang comel-comel dan cantik-cantik sebagai calon isterinya.
Pernah juga kita sendiri jatuh perasaan hormat kita pada seorang murabbi ataupun ustaz, hanya satu atau dua kesalahan kecilnya pada kita.
Atau kita menghukum manusia-manusia yang tidak sebulu dengan kita dikalangan ikhwah akhawat.
Bila kita lihat seorang itu syadid, kita mengatakan itu dan ini. Bila melihat ikhwah akhwat kita terlalu bermudah-mudahan, kita kata itu dan ini. ( seolah-olahnya kita selalu sahaja yang sempurna!)
Ataupun kita langsung tak respect pada ikwah akhwat kita yang tak membawa usrah. Ataupun tidak aktif di medan lapangan dakwah. malah kita selalu mengungkit-ngungkit kisah silam:
'dahulu, punyalah aktif, sekarang senyap sahaja!'
tanpa kita meneliti masalahnya, memuhasabah dirinya dan membantunya membaiki keadaan yang ada.
Sehinggakan kita sendiri lupa, yang kita sendiri adalah manusia. Kita sendiri lupa, di saat kita sendiri berbuat kesalahan, kita menjadi down dan sangat lemah, kerana kita berbuat kesalahan yang sama, kesalahan yang pernah kita sendiri teguri satu masa dahulu.
Surah at-tahrim, menunjukkan betapa manusianya seorang rasul bernama Muhammad. Menunjukkan baginda sendiri terpegun dengan kecantikan Zainab. Pernah dahulu saya amat jengkil melihat borang-borang ikhwah yang diberikan oleh mutarabbi saya untuk disemak mereka. Ternyata kebanyakkannya meletakkan ciri fizikal, kriteria utama dalam pemilihan.
Namun , apabila fasa telah berlalu. Pengalaman sendiri dilalui, ternyata bahawa kemanusiaan manusia itu tidak salah. Itu sebahagian dari fitrah manusia. Dan bagaimana islam tidak memenjarakan fitrah itu, tetapi memandunya menjadi manusia dan makhluk yang lebih hebat dari malaikat.
Dalam surah itu sendiri, Allah menceritakan betapa Rasulullah juga kecil hati dengan tindakan aisyah dan hafsah yang mahu 'mengkenakan' baginda.
Kalau kita fikirkan,
' helllo???? Rasulullah kot?? takkanlah nak terasa hati dan sensitif dengan isteri dia? kenalah toughkan?'
Kerana Rasulullah itu adalah manusia.
Dan kita pelik dan terkejut, manusia paling dekat dengan Nabi, Aisyah dan Hafsa, periwayat hadis, sebaik-baik wanita di zaman itu, boleh ada perasaan cemburu, ada perasaan nak'mengenakan' madu dia.
dan kita berfikir: ' hellloooo? aisyah dan hafsah kot??? takkanlah nak jeles??? tolonglah! dahlah jadi isteri rasulullah kan?Takkanlah nak kenakan madu dia sendirikan?'
tapi itulah dia manusia. Manusianya isteri rasulullah.
Sebulan peristiwa itu berlaku sebelum Allah datangkan jawapannya.Menegur Rasulullah. Menegur Aisyah dan Hafsah. Dan Allah mengampuni dosa mereka.
Mereka berdua berpakat untuk menjauhkan rasulullah dari zainab. Kerana cemburunya mereka pada zainab. Satu hari bila rasulullah pulang pada mereka, mereka kata pada rasulullah: Bau mulutmu macam maghafir ( bau getah yang busuk)' . Sedangkan ketika itu rasulullah baru sahaja makan madu di rumah zainab. Sedangkan Rasulullah sangat sukakan madu.
Di tika itu, Rasulullah terus katakan pada mereka: 'aku haramkan madu untuk diriku!'
Sehinggalah Allah turunkan surah at-tahrim dan juga menegur Aisyah dan Hafsah. Peristiwa kegoncangan rumah tangga rasulullah ini sangat besar, sehinggakan dikatakan kepada Umar, ini adalah lebih besar dari malapetaka datanganya tentera Ghassan ke Madinah. Menunjukkan impak yang besar, akan sekecil-kecil benda yang berlaku dalam rumah tangga Rasulullah.
Kerana itu, daie ataupun mana-mana murabbi, mereka itu bukanlah malaikat.
Apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga.
Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.
Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.
There is always a second chance.
Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.
Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.Begitulah juga dengan kita.
Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia.
Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.
Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri.
Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.
Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia.
Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.
Berimbanglah.
' I tak suka bila orang ada high expectation, we can never be ourselves' pernah aku mengadu pada mutarabbiku,za.
' Sebab itulah kak, kita buat kerana Allah, bukan kerana manusiakan?'
Sejak dari itu, kurang sedikit tekananku untuk menjadi diriku sendiri dihadapan mereka yang mengenali diriku.
Kerana kita buat semua perkara kerana Allah. BUKAN UNTUK MEMENUHI EXPECTATIONMANUSIA.
Jadilah manusia, dan hargailah manusia itu.
Dan ternyata, kehidupan Rasulullah, contoh seorang manusia yang tajarud, merupakan cerminan terindah buat kita.
Kerana kita, selamanya takkan menjadi seperti malaikat.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)