Sunday, March 20, 2011

Assalamualaikum..hari ni juz artikel pendek tentang SAHABAT...
kita ada kawan kan?kawan kan ibarat cermin diri kita....sebab kawan ni memberikan pengaruh yg agak besar dengan kita....kawan adalah orang yang sangat hampir dengan kita.....so..ada pesanan Imam Al-Ghazali kat bwh ni tentang ciri2 sahabat yg baik 
“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

ilalliqa'wassalam....

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

No comments: