Thursday, March 31, 2011

HAPPY!!(^_^)

Assalamualaikum....
kata ustaz Hatim...assalam qobla kalam...hehe(faham kan..)

beberapa hari yang lepas...pelajar2 SPM dah pun selamat 
menerima result masing2....muka semua ceria2 je...
seronoknya!!!!
the highest one..kak NABILA BT ZAINOL AZMI...
straight A..(9A+,2A)!!!
and kak NADRATUL MUNIRAH...
akak berdua ni mmg sgt pndai...
pandai giler ah...eee..
kak nab ni...camne boleh pndai sgt ni...hehe
tahniah kak nabila!!!and kak mun!
harap sgt boleh contohi akak...
tahun ni..kite plk SPM...
wish me luck...


i want to be a doctor..
sebab itu yang diinginkan oleh mama..
mama nak anak dia sorang jadi doktor..
so,,
i will try my best,,,
insyaAllah...
erm...x byk nk ckp...ini je kot...


alhamdulillah...ana dah test 1 hari tu...
dan keputusannya...
menggembirakan mama and abah...
alhamdulillah..
insyaALLAH....ana akan usaha lagi...untuk mendapatkan A bagi
subjek kimia dan biologi...insyaAllah..
nabilah boleh!!!
ok lah....
happy sgt hari ni..Thank You Allah!!
i love Allah so much....!!
wassalam...
ilalliqa'.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, March 21, 2011

Tudung Labuh & Safety Factor.(^_^)


Assalamualaikum semua!!heee..hari ni mls nk tulis..so that,i juz copy this interesting article from iluvislam...

erm...bertudung labuh...and safety factor...
pe kaitannya?kan??

orang yg stdy engineering MESTI taw safety factor ni...so.bace la artikel ni..okeyh??

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

“Okey, ada apa-apa yang hendak ditanya lagi?”, mungkin sahaja ini adalah kata penamat pada malam ini sebelum bersurai.

"Emm...Abah, saya nak tanya satu soalan boleh tak?", suara Azhan pantas mencelah.
Aku melihat jam pada tangan. 11.30 malam waktunya. Selalunya waktu sebegini sudah dikira lewat pada perkiraan manusia di negara burung Kiwi ini. Namun, aku kagum dengan semangat anak-anak muda Islam Auckland yang masih lagi hangat berbicara tentang Ad-Din ini di kala malam menuju usia pertengahannya.
"Silakan bro...tak ada hal punyalah.", jawabku.
"Abah, kenapa ada sesetengah orang perempuan pakai tudung yang labuh sangat. Kalau dah menutup dada itu dah kira ok la kan. Dalam Quran pun dah sebutkan kalau menutup itu biar sampai menutup dada. Buat apa nak pakai tudung besar-besar macam tu. Nampak macam..."
"Macam cendawan yang comel-comel warna merah tu?", sambungku memotong bicaranya.
"Haa? Cendawan? Kenapa cendawan?"tanya Ipin.
"Sebab kepala cendawan tu kan bulat dan labuh sampai ke separuh badannya."
Jenaka sepontanku disambut ketawa kecil adik-adik ini. Aku mencelah kerana aku tidak mahu perempuan yang menjaga kesederhanaan diri itu dilebel yang bukan-bukan. Cendawan yang comel mungkin berpada.
Aku diam seketika, memikirkan bagaimana caranya aku hendak meyakinkan adik-adik ini. Kesemuanya adalah pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan; manusia yang kebanyakan masa berhujah dengan logik akal dan prinsip-prinsip fizik.
“Semua dah ambil mata pelajaran Introduction to Engineering Design kan? Pernah tak dengar konsep Safety Factor?”
Aku memerhati kesemua mereka. Ada yang mengangguk dan ada yang menggelengkan kepala.
“Safety Factor ialah satu prinsip dalam rekaan apabila seseorang jurutera itu melebihkan sesuatu perkiraan kejuruteraan untuk mengambil kira faktor-faktor yang tidak diketahui demi menjamin keselamatan produk yang direka."
“Contohnya, dalam situasi mereka jambatan, perkiraan ketebalan pasak utama yang diperlukan adalah 50cm. Disebabkan ada faktor-faktor yang tidak dapat dikenal pasti sama ada kadar perubahan halaju angin yang mendadak, kadar pemendapan tanah yang berubah secara drastik akibat aliran air bawah tanah yang tidak menentu ataupun faktor-faktor lain, ketebalan pasak utama itu ditingkatkan sebanyak faktor 1.5. Maka, ketebalan yang akan digunakan ialah 75cm”, aku menjelaskan dengan panjang lebar. Biar panjang asalkan mereka faham aliran hujahku ini. Safety Factor dalam berhujah.
“Jadi Abah, tak ke over design kalau macam tu? Membazir namanya”, tanya Hairi.
“Tak, bro. It is an investment. Bayangkan kalau apa-apa yang terjadi pada produk yang direka dan dalam kes tadi ialah jambatan. Kalau jambatan tu runtuh, tidak ke kita yang rugi. Di saman, diheret ke mahkamah atas negligence dan silap-silap boleh di penjara. Lebih teruk kalau ada nyawa yang terkorban atas kelalaian kita. Macam mana kita nak jawab dengan family mereka. Jadi, dalam soal keselamatan tiada kompromi, bro”, terangku lagi.
“Siapa boleh teka industri apa yang paling tinggi dalam safety factor?”, aku sengaja menyoal untuk menguji adik-adikku ini.
“Oil and gas?”, teka Muiz dan yang lain hanya memandang Muiz untuk mengharapkan Muiz menjawab lagi dengan jawapan-jawapan rawak agar mengena sasaran. Aku hanya tersenyum memandang telatah mereka.
"Aviation industry, bro. Sesetengah rekaan menetapkan safety factor tertinggi iaitu faktor 4."
"Jadi, dapat kaitkan konsep safety factor dengan tudung labuh tadi?”
Aku dapat melihat mereka mengangguk-angguk kecil. Harap-harap itu tandanya faham bukan tanda mengantuk. Aku menyambung kembali peneranganku.
Memang memakai tudung, wajib labuh mentup dada. Tapi soalan yang diajukan Azhan tadi,"kalau sudah menutup dada, how labuh is 'labuh'?”.
Labuh sampai menyapu jalan atau bagaimana? Kadang-kadang, seseorang wanita itu dalam satu posisi yang apabila memakai hijab yang hanya menutup 'cukup-cukup', maka aurat yakni dada mereka mungkin terselak.
Contohnya, sewaktu bersukan, membongkok untuk mengambil barang yang terjatuh di atas lantai and macam-macam lagi. Jadi, mereka melabuhkan lagi tudung mereka supaya tidak terselak dalam situasi-situasi yang tidak dijangka.
Sama seperti safety factor juga, cuma yang berbeza adalah mereka menjamin keselamatan diri mereka dan orang lain dari azab api neraka. Kalau sudah menjaga keselamatan dari api neraka, itulah the highest safety factor."
"Macam mana, tidakkah cantik begitu?", satu retorik agar mereka berfikir.


Wallahua'lam.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Sunday, March 20, 2011

Thank You Allah!

Assalamualaikum...

~Thank You Allah...~one of the song of Maher Zain...
i'm really really enjoy this song because 
Allah give me a chance to change when i was really2 far from Him
in a few year before...(^_^)
i was really2 bad before this...i know what i do is wrong,but,i still
do it...until I found a day that I was really really regret what i've done..
susah la ckp english ni...hehee
kite sambung BM je la ea....

Satu hari tu saya betul2 rasa something yg len...
macam rasa yg sangat takut...rasa tak tentu arah...
saya tak taw tindakan yg saya lakukan tu salah...
dan saya sgt2 menyesal.....saya rasa sgt menyesal sbb pilih jln tu...
smpai skrg saya selalu
bersyukur sbb Allah beri peluang pada saya utk BERUBAH...:)
dan Alhamdulillah hingga hari ini..saya adalah Nabilah yg 
"baru" selepas penghijrahan diri tu berlaku time tu..
dan saya berdoa semoga hidayah yang Allah beri itu tidak 
akan ditarik kembali....thank you Allah..
saya sangat sayangkan Allah...kerana Dia saya berubah..
ada yang tak terima perubahan diri ini..
ada yang tak percaya...
tapi,,ia tak jadi apa2 pada saya...ia tak beri kesan apa pun
pada saya...kerana
saya berubah kerana Allah.....

*minta maaf kerana tidak memberitahu apa yang saya lakukan...biarlah ianya
menjadi rahsia antara saya dan Allah...
tapi...perkara ni saya hrp sgt dapat bagi iktibar untuk korang semua!
Hijrah tak perlukan hari tertentu...masa tertentu...kerana takut2
hidayah tu takkan dtg lagi pada kita....ok kwn2?
(^_^)
selamat berhijrah!!heeee

ni lirik lagu Maher Zain tu...

Thank You Allah

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Assalamualaikum..hari ni juz artikel pendek tentang SAHABAT...
kita ada kawan kan?kawan kan ibarat cermin diri kita....sebab kawan ni memberikan pengaruh yg agak besar dengan kita....kawan adalah orang yang sangat hampir dengan kita.....so..ada pesanan Imam Al-Ghazali kat bwh ni tentang ciri2 sahabat yg baik 
“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

ilalliqa'wassalam....

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Saturday, March 19, 2011

Sikap Wanita yang disenangi Lelaki?is it true??(^_^)

Assalamualaikum....erm...pagi2 ni tgk la kjp facebook..pas2,,nmpk iluvislam punye artikel trbaru...trbaek punye...heee..

iluvislam.com
Jika anda miliki sikap-sikap ini, pasti orang lelaki suka!
(betul ke?)(^_^)
Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disennagi suami agar ikatajn yang
18 minutes ago · · · Share
 
 
 
HEEEE....pe senyum2??bace jgn x bace ye wahai wanita2 sekalian...(^_^)
 
hehehe....nk tulis ke tak nak..ok2...utk pengetahuan semua..
kat bwh ni ade la ciri2 wanita yg DISENANGI lelaki..ok?hee
 
01.Keibuan

Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.
 
02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai



Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.


so...adakah korang dan SAYA rasa ade ciri2 ni???heee
tepuk dada tanya selera...hehe

ilalliqa'
wassalam....

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, March 18, 2011

unpredictable...!!

Bismillah...
Assalamualaikum...

TIBA2 TERDENGAR SUARA2 SEDEMIKIAN RUPA....

bukan ape...tapi..please appreciate me!!!
x byk..sikit je...jadi la...
mcm nk mcm x nk je...
kalau x nk...juz go from my life...!
okeyh?
understand??


huh.....i'm nothing to u...
but..
please la...
your heart is so and really really 
unpredictable..!
u know that?!

ok...maybe i;m wrong..
i'm so sorry..
tapi...apa yg saya buat smpai awk nk buat sy cmni???
huh...
kalau rasa xnk...please go!!!
i'm so dissappointed with u la...
pe slh saya????ha??
what??please tell me!!!

kalau awk snyp mne saya nk taw!ok!!!!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ups3...relax2...what's happening ni???hehe
hampa dok  rasa sakit hati ka???
dengan sapa tu??
hehe


erm...hati kita ni..memang sangat susah dijangka mahupun dijaga...
percaya tak hati memang susah nak dijaga...
walaupun ianya kecil dan tersimpan di dalam
diri kita sendiri...

bukan nya hati kita ni disimpan di tempat lain..ye tak?
tak kan hati kita ni dekat badan orang lain pulak
mustahil...
tapi..ada special case bila kita dermakan
hati kita tu...
ha..yg tu lain...(^_^)

tapi...walau camne pun...
hati la plg susah dijaga dan dijangka...

kan ada banyak doa untuk hati kita...ni adalah antaranya :

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

DAN 

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak & hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dgn kehendak Islam, mk adalah harus ianya dianggap baik pd peringkat pertama iaitu neraca luaran org ramai, adapun baik di peringkat kedua adalh samada hatinya bertujuan krn Allah@ selainnya seperti sekadar menunjuk2 shj.



erm...dengan hati kita boleh taw macam2 tentang
seseorang tu..
but the problem is..
KITA FAHAM KE HATI SI DIA TU??
ye x?
kalau faham..semua orang akan sentiasa tersenyum..
kerana suara hati kita difahami oleh
orang lain...
tak kan kita nak berniat tak baik pulak
kan..kan..kan?



ha...sekarang soalan untuk anda semua..
hati siapa paling susah dijangka??
LELAKI or PEREMPUAN??

i think..
hati LELAKI...
hehe
no la..
juz joking...heee

tapi..yela...sebab saya perempuan
that's why la saya cakap camtu..
sebabnya...hanya perempuan yg faham 
hati perempuan..
dan hanya lelaki yg faham hati lelaki...



tapi...dalam konteks PERSAHABATAN...
seorang kawan perlu fahami hati kawan dia...
jangan cuba sakitkan hati kawan..ok?
pernah tak korang tempatkan diri korang
bila korang yg disakiti...?
tak perlu tempatkan pun korang dah pernah rasa kan?
so sakit kan?
jadi..janganlah sakit menyakiti hati org lain..
x elok..ok?



dalam konteks PERKAHWINAN..
si suami perlu lebih peka terhadap perasaan 
isteri...perempuan ni hatinya sangat lembut...
sangat sensitif....
tapi..isteri pula janganlah kerje nk merajuk je
perlu ada tolak ansur...
(juz my opinion,because i'm only 17 ok?)
(^_^)

erm...kat sini special untuk org yg bila HARAPKAN..


bila tak nak minta apa2..(selalu org ckp cmni..
tapi mintak jgk)hehe
ayt betul dia..
BILA TAK NAK HARAP LEBIH
tapi apa yang bila harap
juz SETIA...
and TRUST me..ok?

"Ya Allah, jika saya bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya di hatinya.
Kikislah pesonanya dari mata saya
dan usirlah dia dari relung hati saya.

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.


Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk saya, ya Allah,
tolong satukan hati kami.
Bantulah saya untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikan saya kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima saya
dengan segala kelebihan dan kekurangan saya sebagaimana saya telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahwa saya sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka saya dengan dia."

Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa saya ini.
Lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu...amin

ok lah kawan2..
semoga hari ini lebih baik dari semalam!
ilalliqa'.
wassalam..

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)