Thursday, November 4, 2010

Kalam Fil Qolbi.....nukilan hatiku yang lama ku pendam....

Assalamualaikum....kali ni post lain skit...smga bermanfaat....
Akhirnya jumpa jgk kata-kata hati yang lama terpendam...
terendam pun ade..hehe
dah basah..lemas dah hati tu...hehe...tapi..bangkit semula...
dah jemur balik...tapi jemur baik2....
kerana kasih Allah menyedarkan...terima kasih Allah...sayang Allah...(^_^)
jangan jelez...!hehe




Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!





Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu


Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar..

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti




Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
 aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar aku tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah  !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari 

hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini..

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika  merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti..

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Jika kau membaca apa yang tertulis ini...maafkan ku...yakinlah pada Allah...jika ada jodoh antara kita,,pasti kita akan disatukan...jika tidak aku redha dgn ketetapan Ilahi...teruskan hidupmu...semoga berjaya...doaku sentiasa mengiringimu...wassalam....

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Tuhan..tolong ingatkan dia....

>>>YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...<<<

>>>Tolong nasihati si dia...

jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai YANG ESA...
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati YANG ESA...
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan IBU BAPANYA...
dulukan ALLAH kerana di situ ada syurga...
dulukan IBU BAPA kerana di telapak itu syurganya..


>>>tolong ingatkan si dia...

aku mencintainya kerana IMAN bukan RUPA...
aku lebih cintakan ZUHUDnya bukan HARTA...
aku kasihnya kerana SANTUNnya...

>>>tolong sedarkan si dia...

bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
bila dia tenggelam dalam angan2nya...
andai nafsu mengawal fikirannya...


>>>tolong sebarkan padanya...

usah ucap CINTA di kala CITA2 belum terlaksana...
andai diri enggan dirapati kerana menjaga BATASAN...
bila jarak menjadi penyebab bertambah RINDU...


>>>pesan padanya...

aku tak mahu menjadi fitnah besar baginya...
tak mahu jadi punca kegagalannya...


>>>khabarkan padanya...



aku mahu dia berjaya..
jadi penyokong kejayaanku...
aku mendambakan CINTA SUCI yang terjaga...
yang hanya sah melalui ikatan pernikahan....

ya Allah...moga pesanan ini sampai kepadanya....
semoga dia mengerti apa yang ku inginkan....
bersabarlah wahai akhi...
yakinlah....jodoh mu itu akan tiba....tetapi bukan sekarang...
jika bukan denganku...redhalah atas ketetapan ilahi...
sesungguhnya ada lagi yang lebih baik untukmu sedang menunggu....
BERSABARLAH IKHWAN..WA AKHWAT....

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

gadis berniqab...maafkan ku andai ku mengguris hatimu....


.. ..
Salam kemaafan ku hulurkan buatmu sahabatku gadis berniqab, andai kata coretanku selepas ini bakal menghiris hatimu. Tiada apa yang dapat ku lafazkan lagi melainkan aku amat menyayangimu sahabatku kerana kau sahabat seakidah di jalan dakwah juga kerana kecekalan imanmu mempertahankan niqab sebagai pakaian yang melambangkan ketinggian peribadimu.....
.. ..
Sahabatku yang dirahmati Allah......
.. ..
Sungguh aku amat berbangga denganmu. Penampilanmu yang sopan membuatkan kau dihormati di mata masyarakat yang memahami tuntutan berpurdah.....
.. ..
Tapi sahabatku......(^_^)
.. ..
Tiada manusia yang benar-benar sempurna melainkan junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Terkadang kita terlupa, dan menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk saling mengingati saudaranya agar tidak terus hanyut.....
.. ..
Aku tidak menyalahkan dirimu kerana niqab, sahabatku. Aku juga pernah terlalai dan alhamdulillah, diri yang kerdil ini telah ditegur oleh seorang sahabat berhati mulia, yang tidak mahu hati ini terus dimamah dosa, juga kerana sayangkan agamanya. Diri ini terasa sangat malu apabila ditegur oleh seorang ikhwan yang tidak dikenali, tapi akhirnya diri ini memandang teguran itu sebagai satu kritikan yang membina. Jazakallah di atas teguranmu sahabat, semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu.....



.. ..
Bukan sahabatku.......(^_^)
.. ..
Bukan kerana niqab, tapi semuanya bertitik tolak dari diri kita sendiri.. Jauh dari lubuk hati kita yang paling dalam. Tanya imanmu sahabatku, apa tujuan kita berniqab? Sudah tentu untuk melindungi wajahmu dari pandangan mata yang bakal mengundang nafsu. Jadi, apa tujuanmu mempamerkan gambarmu yang berniqab di laman sosial ( friendster, myspace, facebook etc.)?....
.. ..
Apakah untuk tujuan berdakwah?...
.. ..
Sahabatku…....
.. ..
Matlamat tidak menghalalkan cara. Banyak lagi cara untuk kita meyampaikan dakwah tetapi bukan dengan cara ini. Biarpun memang ada hati yang insaf tatkala melihat dirimu yang tampak sopan menghijab diri, tapi dapatkah dipastikan bahawa mata yang melihat dirimu itu semuanya mata-mata muslimah? Apakah tiada mata-mata lelaki ajnabi yang memandangmu walaupun sudah lengkap terhijab dengan niqab?....
.. ..
Ya......
.. ..
Mungkin ada yang berkata. “Ah! Tak apalah. Muka dah tak nampak. Semua dah bertutup. Takkan nak timbul nafsu juga…”....
.. ..
.. ..
Dari kerana mata…....
Tahukah kamu sahabatku yang disayangi…....
.. ..
Lelaki itu tinggi imaginasinya. Walau hanya dengan melihat fotomu yang berniqab, tapi akal mereka masih mampu meneroka setiap inci dirimu. Memang benar sahabatku. Melalui fotomu, dapat dilihat kurus atau berisinya dirimu, tinggi atau rendahnya, malah melalui sebahagian kecil matamu yang kelihatan sudah cukup mampu menggambarkan kecantikan wajahmu, sahabatku.....
.. ..
Biar sehebat mana iman seseorang lelaki itu, biar setinggi mana ilmu agama yang mereka pelajari, namun itu bukanlah jaminan sempurnanya kekuatan iman seseorang itu. Rambut saja sama hitam, tetapi hati lain-lain. Kita tidak dapat menduga apa yang ada di dalam hati mereka. Mata yang melihat sudah tentu akan mendorong akal untuk berfikir tentang foto perempuan berniqab yang dilihatnya. Akal yang berfikir sudah tentu akan didorong nafsu untuk membayangkan rupamu lebih jauh lagi. Mungkin bukan semua, tetapi itulah kemungkinan yang bakal terjadi andai kita tidak menjaga diri.....
.. ..
"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya." (HR Bukhari).
Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
....
.. ..
‘Mawar berduri’ vs ‘Mawar yang rugi’....





.. ..
Sahabatku…....
.. ..
Andai kau merasakan dirimu mawar berduri, buktikan!! Bukan dengan pembuktian dengan meng’upload’ foto wajahmu yang berniqab, melambangkan dirimu seolah-olah ‘mawar berduri’. Tetapi dengan cara menghentikan ‘upload’ fotomu itu. Engkau tidak rugi sahabatku. Malah engkaulah orang yang beruntung, kerana dirimu terhindar dari pandangan mata ajnabi yang melihat, dan akal mereka yang berfikir. Dirimu juga terhindar dari dosa membiarkan ajnabi berfikir dan membayangi rupamu. Dan sekaligus menyelamatkan lelaki ajnabi dari dosa melihatmu dan membayangi rupamu. Juga engkau telah menyediakan dirimu suci-sesuci sucinya untuk seseorang yang lebih berhak lagi halal bagimu. Ingat sahabatku gadis berniqab, dirimu sudah menjadi maqam qudwah buat masyarakat di luar sana. Justeru itu, elakkan segala perkara yang bakal mengundang fitnah buat kita, para niqabi....

Asif jika mengguris hati akhwat2 sume...sesungguhnya ana hanya insan biasa...ana bukanlah terlalu pandai dalam bidang agama...mane yg slh tu tegurlah.....wassalam...(^_^)

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)