Monday, August 9, 2010

Cinta Aku Pada Si Dia

Assalamualaikum...saya suka sangat dengan 
erm...nk kate sajak bukan..puisi mungkin....saya suka 
bait2 yang diungkapkan...
semoga bermanfaat....insyaAllah...

Cinta Aku Pada Si Dia
www.iLuvislam.com
Oleh: Zara0402
Editor: Nazarudin
Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya

Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan



Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…




Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Monday, August 2, 2010

الفعل اللازم والفعل المتعدي

Assalamualaikum w.b.t
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله،اليوم انا ادرس عن الموضوع الفعل الازم والفعل المتعدي


لكن الفعل اللازم يستطيع ان يكون الفعل المتعدي
[tetapi feel lazim boleh menjadi
feel muta'aadi dengan beberapa cara:]

 بهمزة التعدية 
المثال
احضر الطبيب الدواء
[menghadirkan(membawa) doktor ubat]
kalimah di atas iaitu ahdhoro yang mana perkataan asalnya hadhoro.hadhoro
merupakan feel lazim tetapi bila ditambah alif berserta hamzah didepan feel tersebut
maka feel tersebut menjadi feel muta'addi.

  بتضعيف عينه
المثال
درّب المدرب اللاعبين
[melatih jurulatih pemain2]
perkataan asal bagi darraba adalah درب iaitu berlatih.kaedah ini 
menggunakan wazan فعّل.maka apabila perkataan درب digandakan huruf
"ro" nya,feel tersebut menjadi feel muta'addi.
contoh lain درس.ia akan menjadi درّس.
tetapi ini hanya untuk beberapa feel tertentu sahaja.

  بواسطة الحرف الجر
المثال
جاء المعلم الى الفصل
pastinya huruf jar ini sudah diketahui ramai.dengan menambah huruf jar,
feel lazim akn mnjd feel muta'addi.huruf2 jar ialah:
من,الى,عن,على,في,حتى,ب,ك,ل

  بواسطة الظرف
المثال
قام الطالب امام الفصل 
zhorof ini lebih kurang dgn huruf jar.antaranya :
امام,تحت,فوق,منذ,اثناء

contoh soalan :
حول الفعل اللازم الى الفعل المتعدي ثم إعربها
[tukar feel lazim ke feel muta'addi kemudian i'rab]

كثر= اكثر المعلم الواجبات المنزلية

اكثر - فعل ماضي منصوب بالفتحة
المعلم - الفاعل مرفوع بالضمة
الواجبات - مضاف مجرور بالكسرة
المنزلية - مضاف إليه  مجرور بالكسرة


-------------------------------------------------------------------

alhamdulillah..khalas al an...fahimtum??(^_^)
semoga sahabat2 faham dan jika ada apa2 boleh bertanya.
yang mana salah sila tegur ya..
wassalam.


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)