Sunday, April 18, 2010

Malam PERTAMA kita....

MALAM PERTAMA KITA
pelukbabailovenangih

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba terlebih dahulu
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.
Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, ,,,
''Malam Pertama Kita''
rosrosrosros
sengihnampakgigisembahpenat
Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Friday, April 9, 2010

nak tulis juga!!!nak juga!!!=D


Assalamualaikum w.b.t

Awak,Saya sayang awak sangat-sangat….

Awak, Kita kenal sejak dari tingkatan dua dan awak tingkatan lima.Hubungan kite da nak masuk satu tahun da…Handphone saya dan handphone awak sebagai penghubung cinta kita.
Kawan saya bagi taw saye tntg cnte..bnyk yg sye pljri.tp x lme keinsafan tu…kjp je…ble sye tnya awak,awak kte awak taw kapel tu slh tp,awak kte prasaan awak pd sye xleh ubh da…sye x kte pape.sye lpekn perkara tu.
Sampai satu ketika,saya sedar yang perhubungan kita menyebabkan awak leka dan saya juga leka.Jadi saya tidak hubungi awk.saya hantar mesej pada awak untuk tunggu hubngan kita 2 tahun je lagi.tapi awak tak nak.saya menangis ketike tu untuk berpisah dgn awak.saya tak sanggup.Banyak sms awak hantar untuk memujuk saya.Tapi tidak lama..Akhirnya saya kalah.awak hubungi saya.tapi saya tak angkat.dan akhirnya saya terime awak dan kita bersama kembali.sungguh bahagia.
Hubungan kita makin hangat atas pengorbanan masing2.Bukan kecil pengrbanan kita sebb membabitkan masa depan kita.Tapi bagi saya dan awak,ia amat berbaloi.Semakin hari kita semakin sayang.awak merajuk saya pujuk dan begitu sebaliknya..Bile ada cuti awak jumpe saye.tyme tu kite x ingat mne phle mne dose..awak pgg sye,sye pgg awak.rse cam dunie ni kite punye je..
27 aribulan jun nnt awak da nk msuk u…sye sdeh sgt sbb sye rse tkot utk jauh dri awak…sye risaw awak cari pmpuan laen…sye slalu menangis tp sye x nk bg taw awak sbb sye x nk awak risaw psl sye…smpai satu ari t’buke ati saye utk tulis surat ni utk awak…
Sye trime lg nsht dri kwn sye,sye rse sye sbgai hamba Allah tak pernah rse utk menyintaiNya.,,sdgkn Dia yang selalu menemani saye,yg selalu ada di sisi saya…tapi,sye tak sedar..saya teringin sgt nk bg taw awak utk ptuskn hbgn kte,tpi sye tak sanggup…sampai suatu mse sye t’bce satu artikel yg mndedahkan sye pada kisah sebenar tntg cnte..sye cube kuatkn diri saye utk tulis surat ni dan bagi pada awak.
Alhamdulillah,Allah bagi kekuatan pada saya…daripada rasa sedih,saya bce satu artikel tntg pemude2 di kuching…saya takjub.takjub,kagum,tergamam dan tergumam.saya lihat segolongan pemuda yang mengisi masa mereka dengan cinta mereka pada ibadat..Awak bayangkan,dengan sesama rakan,ibarat macam kita berdua berkasihan.sungguh rapat.Dan awak tahu,yang membuatkan saya bingung,pada akhir program di majlis perpisahan,mereka menangis!!!MALUNYA SAYA!!!Saya menangis kerana awak tapi jarang saya menangis kerana Allah!!!MALUNYA SAYA!!!saya sanggup buat apa sahaja untuk awak tapi jarang saya berbuat sesuatu demi Allah…air mata saya buat sekian kalinya mengalir.Tetapi kali ini berbeza…Bukan sebab awak.tetapi sebab malunya saya kepada KEKASIH AGUNG saya…dan pada saat itu,saya sedar,apa yang kita lakukan dulu adalah kesilapan.yang ada cuma cinta pada nafsu.Bukan cinta kita yang awak dan saya katakan.Sbb saya dah ada KEKASIH YANG TIADA TANDINGAN…
Sekarang,saya berharap saya  tetap menangis.tapi bukan sbb awak..kali ni saya harap saya menangis dalam sujud saya kepada KEKASIH saya..saya menangis atas dosa dan silap saya ketika saya dan awak bersama.Saya menangis dalam sujud dan saya kenali diri saya sendiri.Saya menangis sebab bila awak tinggalkan saya,baru saya sedar yang DIA sentiasa ada dengan saya.Saya menangis sebab bila saya fikirkan cahaya hidup saya hilang,rupa2 nya tu cahaya palsu dan DIA datang dengan kasih Nya membawa cahaya yang benar..Dan sekarang,saya berharap saya juga tetap berdating.saya berdating dengan Nya pada malam hari.mengadu pada Nya.menangis memohon kepada Nya atas dosa2 saya dan lupa saya kepda Nya sedangkan Dia begitu sayangkan saya.Itulah sebab kita dipisahkan,kerna sayang Dia kepada saya dan awak.Dan pada ketika ini juga saya berazam untuk tidak bercouple lagi sbb saya dah jmpa KEKASIH YANG MAHA AGUNG.yang x pernah lari dari saya.Yang x prnh lupakan saya.Yang x pernah tinggalkan saya.Bukan sebab saya kecewa dengn cinta mnusia.Bahkan memg lahir rasa suka pada seseorng.Tapi bukan kah itu fitrah..??Yang penting adalah bagaimana mengawal rasa dan perasaan itu.dan juga mengawal tingkah laku dan pergaulan.Telah Allah tetapkan bahwa nikah dan perkahwinan adlah sebaik2 jalan untuk hubungan kn.Cukuplah sekadar berkawan dan mngwl prsaan saya..Walaupun sukar,tetapi akan saya cuba..insyaallah awak.Barang2 dan hadiah awak tidak saya buang.saya simpan..bukan sebab saya ingin mengingati awak,tetapi ingin ingati betapa jauhnya saya lari daripada KEKASIH AGUNG saya…betapa jauh saya pergi daripada Nya sedangkan Dia begitu hampir dengan saya….dan menanti saya untuk menyambut CINTA AGUNG daripada Nya.
Awak,sekiranya awak terbaca surat saya ini,saya amat bersyukur kita berpisah.ingin sekali saya berterima kasih..dan amat2 syukur...sebab Dia masih sayangkan kita.Dia tidak mahu kita hanyut lebih jauh..saya sentiasa doakan awak dan orang2 seperti kita dahulu berjaya mencari CINTA YANG BENAR2 AGUNG!!Cinta Dia yang x pernah hilang…Saya telah temui jalan saya,dan harap awak akan jumpa jalan awak..Lupakanlah saya dan apa yang berlaku dahulu dan mulakanlah dengan air mata taubat kepada KEKASIH yang hakiki..
Yang mencintai Nya…..

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

Sunday, April 4, 2010

Pesan Rasulullah......



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, Iaitu :

1. Sebelum mengkhatamkan Al Qur’an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah….

“Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah.. .. Bagaimana anakanda dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al
Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
Bismillaahirrahman irrahiim, Qulhuallahu ahad’ Allahushshamad’ lam
yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3 x)

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allahumma salli ‘alaa saidina Muhammad wa’ala ali saidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu.

Astaghfirullahal azim allazi laa Ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”

Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu Allahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang

lain. Ilmu yang bermanfaat adalah salah satu amal jariah yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya walaupun dia sudah mati.

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

وانيتا صالحة


~Wahai Wanita~


Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.






Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...

Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

Semoga kita tergolong dalam kalangan wanita yang solehah...insyaAllah..amin...seindah hiasan dunia adalah wanita solehah...

Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)