Saturday, March 13, 2010



Salam ukhwah...

Salam kemaafan ku hulurkan buatmu sahabatku gadis berniqab, andai kata coretanku selepas ini bakal menghiris hatimu. Tiada apa yang dapat ku lafazkan lagi melainkan aku amat menyayangimu sahabatku kerana kau sahabat seakidah di jalan dakwah juga kerana kecekalan imanmu mempertahankan niqab sebagai pakaian yang melambangkan ketinggian peribadimu.....

Sahabatku yang dirahmati Allah......

Sungguh aku amat berbangga denganmu. Penampilanmu yang sopan membuatkan kau dihormati di mata masyarakat yang memahami tuntutan berpurdah.....

Tapi sahabatku......

Tiada manusia yang benar-benar sempurna melainkan junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Terkadang kita terlupa, dan menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk saling mengingati saudaranya agar tidak terus hanyut.....

Aku tidak menyalahkan dirimu kerana niqab, sahabatku. Aku juga pernah terlalai dan alhamdulillah, diri yang kerdil ini telah ditegur oleh seorang sahabat berhati mulia, yang tidak mahu hati ini terus dimamah dosa, juga kerana sayangkan agamanya. Diri ini terasa sangat malu apabila ditegur oleh seorang ikhwan yang tidak dikenali, tapi akhirnya diri ini memandang teguran itu sebagai satu kritikan yang membina. Jazakallah di atas teguranmu sahabat, semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu.....

Bukan sahabatku.......

Bukan kerana niqab, tapi semuanya bertitik tolak dari diri kita sendiri.. Jauh dari lubuk hati kita yang paling dalam. Tanya imanmu sahabatku, apa tujuan kita berniqab? Sudah tentu untuk melindungi wajahmu dari pandangan mata yang bakal mengundang nafsu. Jadi, apa tujuanmu mempamerkan gambarmu yang berniqab di laman sosial ( friendster, myspace, facebook etc.)?....

Apakah untuk tujuan berdakwah?...

Sahabatku…....

Matlamat tidak menghalalkan cara. Banyak lagi cara untuk kita meyampaikan dakwah tetapi bukan dengan cara ini. Biarpun memang ada hati yang insaf tatkala melihat dirimu yang tampak sopan menghijab diri, tapi dapatkah dipastikan bahawa mata yang melihat dirimu itu semuanya mata-mata muslimah? Apakah tiada mata-mata lelaki ajnabi yang memandangmu walaupun sudah lengkap terhijab dengan niqab?....

Ya......

Mungkin ada yang berkata. “Ah! Tak apalah. Muka dah tak nampak. Semua dah bertutup. Takkan nak timbul nafsu juga…”....

Dari kerana mata…....

Tahukah kamu sahabatku yang disayangi…....

Lelaki itu tinggi imaginasinya. Walau hanya dengan melihat fotomu yang berniqab, tapi akal mereka masih mampu meneroka setiap inci dirimu. Memang benar sahabatku. Melalui fotomu, dapat dilihat kurus atau berisinya dirimu, tinggi atau rendahnya, malah melalui sebahagian kecil matamu yang kelihatan sudah cukup mampu menggambarkan kecantikan wajahmu, sahabatku.....

Biar sehebat mana iman seseorang lelaki itu, biar setinggi mana ilmu agama yang mereka pelajari, namun itu bukanlah jaminan sempurnanya kekuatan iman seseorang itu. Rambut saja sama hitam, tetapi hati lain-lain. Kita tidak dapat menduga apa yang ada di dalam hati mereka. Mata yang melihat sudah tentu akan mendorong akal untuk berfikir tentang foto perempuan berniqab yang dilihatnya. Akal yang berfikir sudah tentu akan didorong nafsu untuk membayangkan rupamu lebih jauh lagi. Mungkin bukan semua, tetapi itulah kemungkinan yang bakal terjadi andai kita tidak menjaga diri.....

"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya." (HR Bukhari).
Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
....


Semoga mendapat ibrah dari post ini.ilalliqa' :)

No comments: